Wednesday, August 15, 2018

Addeena Minta Adik. Dah Bersediakah Umi?

Assalamualaikum Malaysia

Dari minggu lepas Addeena asyik kata ada baby boy dalam perut umi. Angah yang mulakan dulu sebenarnya kisah baby boy ni. Tapi Addeena bila dengar macam dah lekat dalam kepala dia yang memang betul dia bakal dapat adik lelaki. Hari-hari duk ulang benda sama. Kadang masa tengah bf kan dia pun dia boleh buat-buat bisik ngan 'adik' dia ni.

Dah bagitau dia yang tak ada baby pun tapi dia masih jugak berkeras ada. Pening kepala umi. Hahaha
Ada kawan yang kata bagi lah dia adik. Dia dah besar. Hurmmm. Pada me, Addeena tu kecil lagi. Masih breastfeed pun even dah campur susu formula kan. Lepas tu manja dia bukan main lagi. Along dengan Angah tak boleh dengan Umi. Umi ni dia punya sorang katanya. Tu macamana nak beradik tu? Hahahaha

Orang kata tu doa sorang kakak yang nak adik boy. Aminn. Mana tau makbul doa Addeena kan. Hehe.

Bagi me pun, sebenarnya memang teringin nak tambah sorang lagi anak cumanya banyak benda nak fikir sekarang ni. Mental dan fizikal belum bersedia lagi. Dari segi kewangan pun kena fikir juga. Addeena pun belum free diapers. Nak beli susu lagi. Nak sekolah lagi. Kos sara hidup bukan makin rendah. Semua barang nak naikkan harga. Huhuhu.

Macam-macam persediaan nak kena fikir dan buat sebelum nak tambah keluarga ni.

Bila plan nak mengandung lagi? Hehehe

Maybe 2 tahun lagi kot. Masa tu Addeena dah masuk tahun satu. InsyaAllah. Dah pandai bawa diri sikit nanti boleh la nak tolong jaga adik.

sumber : google image
Rezeki kalau dapat baby twin kan? #eh

4 comments:

  1. Hehe adik beradik ramai memang anak2 suka moon, selagi masih ada rezeki semua ibu nak yang terbaik buat anak2 dan bakal anak2 di masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan juju.. kita sndri pun suka anak ramai.. hehe

      Delete
  2. hahaha. pasaipa ada baby dlm perut? bunc ka? hahaha... klu ya, kita serupaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. done follow #1407.

    insyaALLAH anak bawak rezeki

    ReplyDelete