Friday, September 28, 2018

Mengenal Haiwan Di Farm In The City

2:12 PM 0 Comments
Assalamualaikum Malaysia

16 September 2018 yang lepas, me berpeluang bawa anak-anak ke Farm In The City, Seri Kembangan. Dah lama sebenarnya plan nak ke sana tapi ada je masalah yang timbul. 

Along, Angah dan Addeena memang teruja sangat bila bagitau nak pegi tengok binatang. Sehari sebelum tu siap tanya bila nak siang. Kenapa lambat sangat nak siang. Hahaha. Hari kejadian tu pun memang diorang bangun awal sangat. Tak payah nak bebel suruh mandi macam selalu. 
Sebelum tu nak share dulu harga tiket masuk ke FITC ni.

Harga Tiket (tanpa Mykad)

Dewasa : RM55.00
Warga Emas : RM45.00
Kanak-kanak : RM45.00

Harga Tiket (dengan Mykad)

Dewasa : RM37.00
Warga Emas : RM30.00
Kanak-kanak : RM30.00

Pakej Family 

RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

*Kanak-kanak (Umur 11 tahun dan ke bawah)
*Warga emas (60 tahun dan ke atas)

Ambil gambar dengan family KBBA9. Lama sangat tak jumpa. Siap ada tersalah panggil nama tauu. Maafkan saya 😂 Pastu ada yang baru jumpa kan. Maaf jugak kalau tak tegur ye.
Memang tak ada gambar yang elok bila dengan anak-anak ni 😅
Sebelum meneruskan perjalanan bermanja dengan para haiwan, kita beli dulu dia punya makanan. Ni untuk beli jiwa haiwan supaya nak datang dekat dengan kita katanyaa 



Along dan Angah excited sangat dapat naik pony. Addeena bukan main lagi jerit nak naik jugak. Bila tengok depan-depan pony tu tau pulak takutnya. Adoii
Ada yang tanya, betul ke boleh pegang haiwan-haiwan kat sana? Haaa.. korang tengok ni.
 

Addeena memang excited main dengan raccoon tu. Me mampu tengok dan ambil gambar dari jauh je. Bukan takut tapiiiii comel sangat. Hahaha
Ni salah satu sebab kenapa Angah nak datang FITC. Dia memang nak cari ular je. 
Ada banyak lagi haiwan yang comel dan jinak kat FITC ni. Banyak gambar nak share sebenarnya tapi anak-anak terlebih pandai pegi delete folder FITC dalam fon. Mana pic yang tak masuk folder tu je selamat. 😔


 

Tapi kalau tanya me berbaloi ke tak bawa anak-anak ke sini, tanpa ragu me akan jawab berbaloi sangat. Anak-anak enjoy sampai tak nak balik. Siap tanya boleh ke pinjam haiwan ni nak bawa balik  rumah.

Sebelum balik tu sempat tengok parrot tengah latihan. Fuhhh,, memang perlukan kesabaran jugak nak ajar parrot ni untuk parrot show.

Waktu Operasi Farm In The City

Isnin - Jumaat (tutup pada hari selasa)
10.00 pagi hingga 6.00 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9.30 pagi hingga 6.00 petang

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati

FaceBook 

Instagram


Tuesday, September 4, 2018

Selamat Hari Lahir Yang Ke-62

2:49 PM 1 Comments
Assalamualaikum Malaysia


Semalam hari jadi bapa. Mampu ucap dan kirimkan doa dari kejauhan je. Rindu serindu-rindunya dengan mereka di kampung. 

Malamnya adik video call untuk sama-sama nyanyi dan potong kek. 
 
Nyanyi sambil makan lolipop budak-budak ni. Hehehe. Angah tu muka nak nangis sebabnya dia kata nak balik rumah atuk. Kalau dekat memang dah sampai kampung dah nak. 

Bertabahlah kita semua kat sini ye.