Monday, December 31, 2018

Penutup Tahun 2018

11:46 AM 0 Comments
Setiap hujung tahun menjelang tahun baru, umur me akan genap dan bertambah ke angka baru.

Maafkan kek yang dah tinggal separuh tu. Tak sempat umi nak amik pic memasing dah sibuk nak tolong potongkan. Haha.

Kisahnya sebelum tu me merajuk dengan en.abg sebab balik keje lambat. Sedih kot. Harijadi ko tetiba en.abg kata kena keje. Memang murung la.

Macam-macam rasa ada. Airmata mencurah kot. Haha. Buat malu je kat anak-anak masa tu.

Tak lama pastu, dengar bunyi motor en.abg. Anak-anak haruslah excited sebab memang tunggu ayah dia balik. Me? Merajuk kan. Buat taktau je la. Sambung jahit lencana kat tudung sekolah anak.

Tetiba dengar lagu happy birthday dari en.abg dan anak-anak, masuk umah sambil pegang kek. Sambung nangis. Hahaha. Ni airmata terharu pulak.

Serius terharu! Ingatkan tak peduli kan kita dah.

Terima kasih mama sebab lahirkan me ke dunia ni. Terima kasih bapa sebab sama-sama membesarkan me hingga kini. Terima kasih suami kerana terima me apa adanya. Terima kasih anak-anak kerana menceriakan hidup umi.

Terima kasih Allah atas bahagia yang KAU kirimkan untuk hamba-Mu ini.

Officially 32!😘

Friday, December 28, 2018

Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

3:28 PM 3 Comments
Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature | Jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta.. Haha 

My current obsession! Jatuh cinta dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Dah hampir seminggu guna memang puas hati sangat. Alhamdulillah kulit serasi, takde masalah.
Hansaegee Nature adalah satu jenama kecantikan yang telah bertapak di Malaysia sejak dari tahun 2011. Semua produk yang dikeluarkan adalah 100% original dikeluarkan dan diimport dari Korea setelah ianya diluluskan dan dijamin kualitinya selamat untuk digunakan. 

Kandungan Utama Gold Nano CC Cream 

• Mineral water (meningkatkan keanjalan kulit, mudah serap ke dalam kulit)
• Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract (meredakan iritasi dan melegakan kulit bermasalah)
• Colloidal Gold ( mencegah penuaan, menghalang radiasi dan antioxidant)

 Antara Kelebihan Gold Nano CC Cream 
Meratakan dan mengawal tona kulit wajah | Pelindungan matahari SPF30, PA++ | Melambatkan proses penuaan | Meningkatkan keanjalan kulit | Mengekalkan kelembapan kulit 


Masa pam tu, akan keluar krim putih beserta partikel berwarna coklat. Jangan risau tengok krim putih tu sebabnya bila kita dah blendkan, perlahan-lahan akan ikut warna natural kulit kita dan membuatkan tona kulit kita lebih sekata.

Me suka sangat ngan cc cream ni sebabnya tak berminyak dan tekstur dia sangat lembut. Senang nak blend.
Nak apply cc cream ni senang. Guna jari je. Tak perlu guna berus atau span. Tapi pastikan jari bersih ye. 

Kalau korang nak tau, mata me ni jenis mata panda. Ada dark circle keliling mata. Tapi dengan cc cream ni je mampu kurangkan kehadiran dark circle tu. Puas hati sangat. 
Biasa pepagi bersiap me akan gunakan, cc cream ni as primer. Iyee korang. CC cream ni boleh digunakan sebagai make up primer. Jangan tak percaya. Make up nampak lebih menonjol, cantik dan tahan lebih lama. Even orang kata make up light-light je pun kan. Nampak la konfiden level tu up sikit. 
Pas solat tu selalunya tak sempat nak tepek make up bagai. Me sapu moisturizer je tapi tu la, nampak la tona kulit tak sekata tu. Tapi dengan adanya cc cream ni mampu buat wajah me nampak lebih bermaya dalam waktu yang singkat. 
Korang yang tengah pasang niat nak cari cc cream ni boleh cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Alhamdulillah puas hati. 
Kat mana nak cari? 

 Hansaegee Nature 

Wednesday, December 12, 2018

Tips Potty Train Anak

3:50 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anak-anak bebas lampin pakai buang adalah salah satu impian mak-mak. Me pun macam tu jugak. Lebih awal lebih bagus. Senang. Duit beli pampers pun dah boleh save ke benda lain.

Alhamdulillah. Along, Angah dan Addeena semua free-diapers sebelum masuk umur 3 tahun. Agak lama juga ambil masa nak train sebabnya me kerja. Kat rumah pengasuh pula still pakaikan pampers. Kita tak lah nak push pengasuh suruh jangan pakaikan pampers sebab taknak menyusahkan pengasuh. Bila ambil dari rumah pengasuh me akan terus bukakan pampers dia.

Ada yang tanya, susah ke nak ajar anak bebas lampin pakai buang ni? Tak penat ke?

Penat memang penat masa nak potty train tu tapi rasa berbaloi sangat bila penat tu terbalas. Hehe. 

Antara tips me potty train 3 orang anak ni simple je. 

1. Sabar dan Bersedia. Dua benda ni memang sangat penting bila nak mula potty train anak. Awal-awal potty train memang agak mencabar tahap sabar tu. Sisi hijau memang akan sentiasa mengintai peluang nak keluar. Lagi bila anak terkucil atas lantai. Hahaha. Tapi SABAR! Tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus pelan-pelan sambil bersihkan lantai. 😆

2. Simpan semua jenis karpet dan tikar serap air. Time ni biarkan lantai togel tanpa lapik. Tikar getah takpe. Dari kau bertukar hijau dan marah sebab anak kencing atas karpet makanya lebih baik mencegah sebelum terjadi. Leceh nak bersihkan.

3. Belikan seluar dalam yang anak-anak suka. Haaaaa, part ni korang memang akan excited sama bila tengok muka anak excited dapat seluar dalam yang dia suka. Haha. Cakap kat dia, 'lepas ni kena pakai seluar ni je. Tak boleh pakai pampers dah. Kalau kencing kat seluar nanti kotor tak boleh pakai dah.' Untuk anak-anak me menjadi trick ni. 

4. Kena rajin tanya anak, 'Nak pegi tandas ke?', 'Nak kencing tak?'. 20 minit lebih kurang lepas dia minum susu tanya lagi. Kadang dia lupa dia dah tak pakai pampers, kita kena main peranan. Ajak dia pegi tandas. Memang akan ada drama tapi kena lah pandai pujuk.

Tu yang biasa me buat la.

Memang mula tu susah tapi bila anak dah faham dia sendiri akan rasa tak selesa nak buang air dalam pampers. Time tu cubalah pakaikan dia pampers memang akan menangis tak mau dah. Hehe

Kita as mak-mak, umi-umi, ibu-ibu jangan culas pulak. Dah mula tu, kena teruskan.

Good luck supermom! 💪💪