Wednesday, December 12, 2018

Tips Potty Train Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anak-anak bebas lampin pakai buang adalah salah satu impian mak-mak. Me pun macam tu jugak. Lebih awal lebih bagus. Senang. Duit beli pampers pun dah boleh save ke benda lain.

Alhamdulillah. Along, Angah dan Addeena semua free-diapers sebelum masuk umur 3 tahun. Agak lama juga ambil masa nak train sebabnya me kerja. Kat rumah pengasuh pula still pakaikan pampers. Kita tak lah nak push pengasuh suruh jangan pakaikan pampers sebab taknak menyusahkan pengasuh. Bila ambil dari rumah pengasuh me akan terus bukakan pampers dia.

Ada yang tanya, susah ke nak ajar anak bebas lampin pakai buang ni? Tak penat ke?

Penat memang penat masa nak potty train tu tapi rasa berbaloi sangat bila penat tu terbalas. Hehe. 

Antara tips me potty train 3 orang anak ni simple je. 

1. Sabar dan Bersedia. Dua benda ni memang sangat penting bila nak mula potty train anak. Awal-awal potty train memang agak mencabar tahap sabar tu. Sisi hijau memang akan sentiasa mengintai peluang nak keluar. Lagi bila anak terkucil atas lantai. Hahaha. Tapi SABAR! Tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus pelan-pelan sambil bersihkan lantai. 😆

2. Simpan semua jenis karpet dan tikar serap air. Time ni biarkan lantai togel tanpa lapik. Tikar getah takpe. Dari kau bertukar hijau dan marah sebab anak kencing atas karpet makanya lebih baik mencegah sebelum terjadi. Leceh nak bersihkan.

3. Belikan seluar dalam yang anak-anak suka. Haaaaa, part ni korang memang akan excited sama bila tengok muka anak excited dapat seluar dalam yang dia suka. Haha. Cakap kat dia, 'lepas ni kena pakai seluar ni je. Tak boleh pakai pampers dah. Kalau kencing kat seluar nanti kotor tak boleh pakai dah.' Untuk anak-anak me menjadi trick ni. 

4. Kena rajin tanya anak, 'Nak pegi tandas ke?', 'Nak kencing tak?'. 20 minit lebih kurang lepas dia minum susu tanya lagi. Kadang dia lupa dia dah tak pakai pampers, kita kena main peranan. Ajak dia pegi tandas. Memang akan ada drama tapi kena lah pandai pujuk.

Tu yang biasa me buat la.

Memang mula tu susah tapi bila anak dah faham dia sendiri akan rasa tak selesa nak buang air dalam pampers. Time tu cubalah pakaikan dia pampers memang akan menangis tak mau dah. Hehe

Kita as mak-mak, umi-umi, ibu-ibu jangan culas pulak. Dah mula tu, kena teruskan.

Good luck supermom! 💪💪

No comments:

Post a Comment