Tuesday, January 1, 2019

Pembuka Tahun 2019

Semalam harijadi me. Hari ni harijadi anak dara Nur Addeena Syumaila pulak. Alhamdulillah.
Umur bertambah ni dia punya geliga otak pun bertambah. Makin petah bercakap. Ada je jawapan dia. Geram kadang.

Dah start sekolah tadika dah pun. Excited dia lain macam. Haha. Nak jumpa kawan-kawan baru.

Oleh sebab Addeena ni lahir 1 Januari, cikgu sekolah Angah kata dia kena masuk sekolah awal. Sebab tu nak kena readykan dia untuk belajar. Biasakan dia bergaul dengan kawan-kawan.

Nampak kecil je kan? Tapi alhamdulillah setakat ni dia memang suka pergi sekolah. Harapnya sampai bila-bila begitu ye nak.




No comments:

Post a Comment