
Tanda/ Gejala
- Ruam, lepuh tapak tangan, kaki dan kawasan lampin.
- Ulser tekak dan mulut.
- Demam
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
Pencegahan
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum sediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak.
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk.
- Jangan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
- Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
- Cuci alat mainan, permukaan mejam kerusi dan lantai dicemari air liur anak.
- Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat beli-belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.
Tindakan Jika Dijangkiti
- Bawa segera anak ke hospital atau klinik berhampiran
- Jangan hantar ke TADIKA, rumah pengasuh atau sekolah
- Lap lelehan dari mulut ke hidung guna tisu
Sumber : Kementerian Kesihatan
Mula-mula dulu tak amik tau sangat pasal penyakit ni. Tak sangka kesannya agak teruk jugak pada kanak-kanak. Huhuhu. Sebagai mom-to-be, me kena tau tentang penyakit-penyakit macam ni. Sekurang-kurangnya tau langkah-langkah pencegahan agar tak kena pada anak sendiri in future.
No comments:
Post a Comment