Semalam en.abg lak yang call tepat jam 12am ucap happy anniversary. Adoi. Macamana boleh lupa ni. Grrrrr. Geram kat diri sendiri. Huhuhu. But en.abg kata takpe. Dia faham yang me penat keja, jaga Aisya pas tu bawak baby lagi. Terima kasih sayang. Love U so much.
Wednesday, May 29, 2013
Semalam en.abg lak yang call tepat jam 12am ucap happy anniversary. Adoi. Macamana boleh lupa ni. Grrrrr. Geram kat diri sendiri. Huhuhu. But en.abg kata takpe. Dia faham yang me penat keja, jaga Aisya pas tu bawak baby lagi. Terima kasih sayang. Love U so much.
Friday, May 24, 2013
11 Bulan Sudah
Alhamdulillah. Dah semakin besar anak umi.
Sekarang ni dah rajin nak bertatih. Suka tarik tangan umi nak pegang dia bertatih. If tak layan dia tetap paksa. Tapi jangan sampai dia geram coz bila dah geram ada yang kena gigit kang. Me memang selalu jadi mangsa. Huhu.
Ada yang kata Aisya lambat jalan sebab me tak biasakan dia duduk dalam walker. Memang Aisya ada walker but memang jarang me letak dia dalam tu. Me nak dia belajar dengan usaha dia sendiri bukan dengan bantuan walker. :)
Pas tu Aisya suka gigit dagu umi dia. Kemain sakit dia gigit. Huhu. Selamat dia tak suka dagu orang lain.
Dah pandai baling-baling badan sambil merajuk. If baling badan atas tilam selamat. If atas lantai mau ada yang benjol kepala. Huhu.
Semakin kuat makan. Segala macam makanan nak masuk dalam mulut. Orang sumbat apa dalam mulut dia pun nak jugak. Tapi badan tang tu jugak. Takpe la. Asal sihat dan membesar dengan baik. Hehe.
Umi doakan semoga Aisya membesar jadi anak yang baik, mendengar kata, dan solehah. Itu doa umi setiap hari untuk Aisya. InsyaALLAH. Amin.
Tiger Biskuat
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Suddenly suka sangat makan biskut ni. Sebelum ni layan tak layan jep.
Baby nak makan kut. Nak kuat macam harimau. Hehe. Agak-agak cam baby boy tapi entah la. Tak scan jantina lagi.
Alhamdulillah. Kesihatan semakin ok. Baby pun makin kuat and aktif menendang. Hope akan berterusan hingga cukup bulan.
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan me and kandungan me. Semoga ALLAH memberikan yang terbaik juga untuk kalian semua. InsyaALLAH. Amin.
Wednesday, May 22, 2013
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Hari ni last day MC. Esok kena amik cuti rehat. Dah rasa cam ok sikit but still ada rasa tak selesa.
Ceritanya, last Sunday tiba-tiba ada rasa contraction. Bukan yang biasa-biasa tu but rasa cam nak bersalin tu. Huhuhu. Sedangkan kandungan baru 22w. Terlalu awal untuk contraction.
Mula tu me try tahan but sakitnya berulang-ulang. Me agak sakit tu biasa jep but bila btau ngan ma & pa diorang terus suruh bersiap p hospital.
Sampai hospital terus masuk ER. Lama jugak tunggu orang datang cek. Memula sorang sister ni datang. Dia pegang perut me for around 10 minutes cam tu. Nak rasa if ada contraction lagi but dah tak de. Cuma rasa sakit n sangat tak selesa kat area perut.
Pas tu me kena buat urine n blood test. Kena tunggu result baru doktor boleh cek. Lama kut tunggu. Tertido-tido me. Nasib baik diorang bagi katil. Huhuhu.
Hampir sejam jugak tunggu rasanya baru doktor masuk. Urine n blood test ok. Time doktor scan tu ada la dia interview sikit. So me btau la apa yang me rasa.
Jantung baby ok. Pergerakan baby pun aktif. But bila doktor btau yang keadaan me tu menghampiri risiko keguguran, me sangat terkejut. Masa tu hati dup dap dup dap.
Doktor btau yang me kena bed rest. Langsung tak boleh buat apa-apa keja. Kena baring jep.
Pilihan sama ada mahu warded or berehat d umah. If. Me pilih warded, doktor akan pasang drip. And if me pilih untuk berehat d umah doktor pesan untuk minum air banyak-banyak.
Hurm... of course me pilih untuk berehat d umah coz lebih selesa. Masa btau pilihan tu pun doktor cam tak yakin jep tengok me. Huhuhu.
Finally 3 hari MC untuk me berehat secukupnya.
Doakan kesihatan dan perjalanan pregnant me yaa.
Hope baby pun kuat bertahan. Umi, ayah and kak long tunggu baby.
Ya ALLAH, lindungi anakku. Berikannya kesihatan dan kekuatan kepadanya sehingga dia mampu melihat dunia-MU.
p/s : dilarang untuk berasa stress and penat. Huhuhu.
Saturday, May 18, 2013
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Ni sebenarnya cerita semalam tapi tak sempat update coz tak sihat. Diarrhea. Back pain.Huhuhu.
Alkisahnya semalam me dapat mc. Doktor suh me rehat secukupnya. Lagi-lagi tengah pregnant. And tengah stress yang teramat.
So need rest yang banyak. Risau if ada effect kat baby.
Around 8am semalam me dapat 1 call dari Celcom katanya. Diorang kata nombor me terpilih untuk memenangi cabutan bertuah sempena ulangtahun Celcom yang ke-30.
Dapat RM3K. Wow! Siapa yang tak excited kan. Dan diorang btau 'hadiahnya.boleh.dikeluarkan.langsung.dari.atm.'
Kehkehkeh. Entah bangla mana la nak tipu me pepagi buta semalam. Dah lah sebut perkataan tu sepatah-sepatah.
Diorang sibuk nak minta nombor ic and nombor akaun bank. Sorry to say la en.bangla. Hadiah tu tak mampu nak mengelabui mata me.
Bila me kata nak minta dalam bentuk cek. Boleh bangla tu ulang semula 'hadiahnya.boleh.dikeluarkan.langsung.dari.atm'. Ades la! Mesti takde backup skrip ni.
Pastu me pura-pura la terhello, hello. Buat-buat tak dengar apa dia cakap. Kononnya line tak ok. Dia letak but tak sampai seminit dia call lagi. Tak angkat pun.
Sudah-sudah lah nak menipu tu. Sekarang ni semua orang dah buka mata dengan cara penipuan cam ni. If masih ada gak yang tertipu tu me tak tau la nak kategorikan dalam bahagian mana. Huhu.
Thursday, May 16, 2013
Rindunya kat Aisya
Masuk hari ni dah hari keempat me tak jumpa Aisya. Aisya kat kampung duk dengan nenek and atuk dia.
Semua sebab jadual. Minggu ni kena bertugas syif petang 1pm-10pm whole week. But ramai kawan-kawan yang baik hati nak amik turn me bertugas malam tu. And I appreciate it so much.
Diorang consider ngan keadaan me yang berbadan dua ni. That's why I treasure them.
But if me tau akan macam ni me xkan biarkan nenek and atuk dia 'culik' Aisya. Huhu. Sunyi kut duk sorang-sorang kat umah.
Ahad ri tu masa diorang nak berangkat dah balik kampun kemain me tahan airmata. Aisya duk gelak-gelak tengok me lambai dia. Huhuhu. Hilang jep keta dari pandangan terus airmata mengalir cam air terjun.
Malam tu pun nangis-nangis peluk baju Aisya. Call en.abg tapi suara tak kuar pun. Huhu.
Bila me rindu kat Aisya baby dalam perut pun duk tendang-tendang. And me tau yang baby cuba btau me yang dia ada untuk temankan umi dia ni. Baby try untuk main ngan umi dia supaya tak sedih-sedih. Thanks sayang. Umi tau baby pun rindukan kak long.
Umi tak pernah lupakan baby. Kak long Aisya and baby adalah anak-anak umi yang paling umi sayang. Penyeri hidup umi & ayah.
p/s : InsyaALLAH sok petang balik kampung jumpa Aisya. :)
Wednesday, May 15, 2013
Lelaki Eksklusif
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Totally and seriously boring novel ni. Siapa yang dah baca? Maybe just pandangan me kut tapi entahlah.
Banyak pages yang me skip. Feel tak datang bila baca. Rasa cam tak 'hidup' jep watak-watak dalam novel ni.
Sorry for giving -ve review tapi itu apa yang me rasa.
Tuesday, May 14, 2013
Farewell Privacy
Saturday, May 11, 2013
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Jap lagi parents sampai dari kampung. Excited kut nak masak untuk diorang. Even simple but satu kepuasan.
Dah fikir menu, suh adik lelaki p pasar beli bahan masak.
Hulur duit terus dia blah.
Balik dari pasar, letak barang kat dapur terus masuk bilik.
Bila nak start masak, tengok bahan yang di beli 1 je yang betul. Ayam. Yang lain semua hampeh. Huhuhu.
Di suruh beli pati ayam dia beli pati ikan bilis.
Di suruh beli salad dia beli baby kailan.
Homaiiii.. pening kepala nak fikir masak apa ngan bahan tu.
Sharing Is Caring
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Selamat berhari Sabtu semua.
Hari ni kena kemaskan umah yang berterabur setelah seminggu tak di kemas. Bukan tak kemas lansung tapi ada je tangan yang bantu 'kemas'.
Sebelum mula bertindak, haruslah isi perut dulu. Baby dalam perut pun dah tendang-tendang tanda lapar. Hehehe.
Pagi ni main suap-suap biskut ngan Aisya. Selalu kemain dia kedekut nak share ngan umi dia tpi pagi ni, dia gigit sikit then suh umi gigit lak. Pas tu turn dia 2 3 kali gigit bru turn umi dia lagi.
Siap senyum and gelak-gelak tengok umi dia makan biskut dengan dia. Suka bila macam ni. Rasa cam rapat sangat ngan anak. :)
Tengahari karang nak suh dia suap nasi pulak.. hahaha..
Friday, May 10, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
![]() |
Sumber : Google |
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Julia Camelia Rhe telah berjaya menambat hati aktor Jehan Miskin. Mereka telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.
Majlis akad nikah ini hanya dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu. Acara diteruskan dengan majlis resepsi dan acara Hi-Tea bagi meraikan kedua mempelai.
Berita ni me amik secara ringkas dari laman web HotFm.
Tahniah buat Jehan dan isteri. Semoga kekal bahagia ke akhirnya. :)
Monday, May 6, 2013
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Pilihanraya dah berakhir semalam. Tapi ramai yang still berdebat tentang keputusan yang telah diumumkan.
Ada yang tak puas hati. Dan ketika inilah timbul macam-macam cerita tak elok pasal pilihanraya ni.
Salah satu isu yang jadi perdebatan di kawasan me mengundi ialah penggunaan pen atau pensil untuk menanda undi.
Ni first time me mengundi and me pun tertanya-tanya jugak masa nak tanda undi tu coz yang disediakan hanyalah pensil dan pemadam. Adik me kata ada pembaris tapi me tak pasan kut. So, dengan yakin jep X guna pensil tu. Terfikir jugak. Telus ke if tanda guna pensil ni? Hurmm,,..
Balik umah tiba-tiba timbul pulak isu tu. Ada certain tempat yang guna pen untuk X.
Pastu malamnya pulak kuar kat tv 'Isu Penggunaan Pensil dan Pemadam akan disiasat.' Macam-macam kan.
Mana yang betul ni? Pensil ke Pen?