Tuesday, July 30, 2013

Yang Mana Satu?

1:30 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan, kamu hendaklah berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.”
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring mengiring sebelah kanan.
Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti tidur meniarap. Ada fakta mengatakan yang seseorang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. 

Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Pengkaji dari Australia menyatakan yang berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah Times melaporkan kajian di Britain menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur telentang pula akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan regangan rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang mana ia lebih besar daripada paru-paru kiri. Ini memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan di antara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri mengikut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara lima hingga lapan jam bagi proses yang sama.

Bagaimanapun tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada sebelah kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. 

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Ada pula fakta lain berkaitan tidur mengikut gaya dan maknanya. Umpamanya anak muda atau individu yang tidur gaya bayi. Majoriti wanita tidur dengan gaya ini dan mereka dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensitif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan, bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa sama suka bersikap sinis, jenis syak wasangka dan degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan dibuat.

Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri dan orang lain. 

Golongan ini berpotensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

Golongan yang gemar tidur meniarap dengan tangan di bawah bantal atau tangan diselubungi bantal dan kepala mengiring ke kiri atau kanan, dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar dan agak tergopoh-gapah dalam tugasan harian mereka.

Gaya tapak Sulaiman adalah gaya tidurnya telentang sambil tangan atau lengan diletakkan di atas kepala dan dahi dikenali sebagai orang yang prihatin dan suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu dan tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur dan tidur yang tidak lena setiap malam. - Harian Metro
---------------------------------------------------------------------------------

Memang ada macam-macam gaya tidurkan. Me? Hehehehe. Biarlah en.abg jep yang tau macamana cara me tido. Tak lasak pun. Sopan jep. Miahahaha...

Si Mental Yang Desperate

10:31 AM 0 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pernah tak korang jumpa someone yang desperate sangat nak kenakan korang? Sampai sanggup nak stalk every word yang korang type kat facebook?

Every status yang korang post kat facebook pun diorang nak print. Every status yang dikomen siap diorang hafal? Psiko tak orang macam tu. Hehehe.

Bukan setakat facebook kut. Ni if diorang boleh hack facebook orang memang dah lama diorang buat. Eh, dah buat kut kan? Hehe.

Desperate sangat nak buktikan yang diri tu 'suci' dan 'bersih'. Asyik nak cari salah orang lain. Tak mampu nak terima diri tu memang tak sempurna pun. 'Luaran' dan 'dalaman'.

'Sy tak pernah mengumpat atau mengata ko'. Wow! I'm impressed actually dengan orang yang mengeluarkan kata-kata tu. Beraninya. Sedangkan suatu ketika dulu, dia antara orang-orang yang pernah menimbulkan fitnah dan meracuni fikiran orang lain. Hurm....  'sucinya' orang tu kan.

Masa tu, kenapa me tak mengamuk macam orang bodoh? Sebab me tau me taklah bodoh nak mengamuk ngan benda-benda macam tu. Benda boleh settle dalaman. Dah besarkan. Dah ada fikiran sendiri pun. If benda cam tu tak mampu nak settle diam-diam, memang budak tak cukup umur la tu. Sikit-sikit nak mengadu.

'Tolonglah sya. Sy teraniaya.' Amboi! Manja sungguh. Mengadu sesama manusia dengan harapan orang lain akan jatuh tapi tak pula ingat nak mengadu dengan ALLAH. Isk..isk..isk.. macam ni lah manusia zaman sekarang kan.

Mungkin orang-orang macam tu hanya mengeluarkan kata-kata yang baik-baik saja. Benda buruk semua diorang tak main. Umpat mengumpat ni tak main lah. Sebab tu bila diumpat sikit terus meroyan macam apa entah. Tahap ustaz ustazah punya baik ni. Good! Good! :)

'Ko ni nama jak bertudung tapi ....' 'nama ko bukan main lagi tapi....' hurm...jenis manusia yang mengeluarkan kata-kata macam ni ialah...?? Korang ni. Takkan xtau. Jenis manusia baik-baiklah. Manusia jahat ni yang tau mengumpat jep. Kan..kan..

Nantilah sambung lagi... nak buat keja kejap....




p/s : teringat cerita someone pasal DARA, ABORTION dan JANIN.

Brunei Larang Saji Makanan Siang Hari

10:00 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bandar Seri Begawan: Kerajaan mengumumkan pengharaman sepenuhnya perkhidmatan menyaji makanan di restoran pada siang hari sepanjang baki bulan puasa ini, termasuk untuk orang bukan Islam.
Akhbar Brunei Times melaporkan, restoran boleh dibuka tetapi hanya dibenar menjual makanan untuk dibungkus.
“Penduduk bukan Islam tidak lagi dibenar makan di kedai atau restoran pada siang hari sepanjang Ramadan ini,” lapor akhbar berkenaan. 

Akhbar itu berkata, arahan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pada 20 Julai lalu.

Kelewatan mengumumkan keputusan itu tidak dijelaskan.

Menurutnya, penganut agama lain perlu menghormati orang Islam yang berpuasa. 
Sebelum ini, penduduk Islam yang ditangkap tidak berpuasa dikenakan denda. - Agensi
-----------------------------------------------------------------

Agak-agak if kat Malaysia keluarkan keputusan macam ni, ada yang mengamuk tak? Huhuhu. 

Kat Malaysia ni ada restoran milik Muslim pun buka seawal 10.00am. Dah siap masak pulak tu. If kata nak suh bungkus untuk berbuka memang macam tak logik lah pulak kan? 10.00 pagi tu. Ada jugak yang masuk beli tu. 

If restoran selain restoran milik Muslim tu tak hairan lah kan. 


Monday, July 29, 2013

On Going Nuffnang \(^^)/

11:30 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Antara iklan Nuffnang yang sdang berjalan di blog sekarang ni. Alhamdulillah. Biarpun pendapatannya tak lah sebanyak orang lain but syukur sebab ada jugak iklan yang singgah. Tak pernah lagi cashout Nuffnang sebelum ni. Huhuhu. 

Anyway, TQ NUFFNANG. :)

'Kemalangan Kecil'

8:30 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Tahun ni berpeluang masak sahur untuk en.abg even just telur dadar sekalipun. En.abg ni time sahur tak memilih sangat. Cukup dengan telur masak kicap and nasi kosong. Ok lah tu. Sebab kadang-kadang me ni pun boleh terlajak bangun pagi. So, yang simple-simple jep lah mampu. Hehe.

If sempat kadang-kadang tu goreng ayam or ikan. Sayur? En.abg jenis tak makan sayur. Me pun sejak pindah ke sini, terikut-ikut jugak dengan cara pemakanan en.abg. Hukhukhuk. Jangan pas ni langsung tak terima sayur lagi dah lah.

Jumaat ari tu kan cuti. 4.45am baru terjaga. Sib baik ikan dah kuarkan siap-siap masa bangun buat susu Aisya. So, kelam kelibut lah nak menggoreng bagai. Tengah syok menggoreng tu boleh pulak minyak tu meletup. Habis tangan kena minyak panas. Pedih wooo~

Ingat nak mengadu kat en.abg. Manja sangatkan sejak-sejak duk dekat ni. Tapi bila fikirkan semula, buat apa nak ngadu. Buat malu jep nanti. Tak pasal jadi bahan gelak. Baru duk sekejap kat dapur dah sakit bagai. Huhuhuhu. Tahan jep la.

Semalam pun masa tengah iron baju kerja en.abg, tangan me melecur lagi. Huhuhuhu. Kali ni memang depan mata en.abg me cuai. Masa nak amik iron tu tak tau apa yang me fikirkan. Terpegang bahagian panas tu. Tak pasal kena lecture tau.

En.abg suh letak colgate but me takmo coz if letak colgate takut menggelembung pulak. Pas tu en.abg suh letak dalam ais. Oklah. Sib baik tak sakit sangat pas tu. Mula-mula jep rasa cam nak nangis. Pedih kut. Huhuhu. Pagi ni tengok dah ok. Takde menggelembung langsung. J

Apapun kejadian-kejadian macam tu buatkan kita lebih berhati-hati dalam berbakti pada suami. Bukannya tak ikhlas or merungut tau time kejadian tu but me mengaku yang me cuai. Huhuhu.

Rasa Macam Nak .... Grrrr!!

12:31 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rasa bengang sangat kut sekarang ni. Semuanya gara-gara CELCOM! Sejak minggu lepas CELCOM memang sengaja nak cari pasal ngan me.

Selama beberapa tahun me menggunakan khidmat CELCOM mobile internet tapi tak pernah pulak bermasalah sampai seminggu. Dari last week me try untuk subscribe mobile internet dari CELCOM ni but until today, hampeh! Still error. Tak habis-habis.




Tengok ni. Ni lah error yang me dapat sejak minggu lepas. CELCOM mobile internet ni memang ada masalah ke? Me ni dah malas nak call operator CELCOM sebab alih-alih nanti handphone kita yang jadi salah. Hurm,,..

Korang pun ada masalah macam ni jugak ke? 

Sunday, July 28, 2013

Bila Shopping Baju Raya

6:15 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Huwaaaa... Lama rasa tak update blogkan. hehe. Lamalah sangat. Ada problem dengan celcom sekarang ni. Entah siapa merajuk dengan sape ntah. Tak pe lah. Yang tu sok2 me cerita. Itupun kalau ingat. Kehkeh

Semalamkan. En.abg ajak pegi shopping baju raya. Almaklumlah cuti weekend. Lagipun next week dah nak raua kan. Homaiiiiii. Tak terasa Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. Cepat sungguh masa berlalu.

Huk!Semalam shopping kat Kenanga Wholesale. Gila ramai orang. Sesak gilerr kut. Ikut hari memang tak sanggup. Parking pun sampai level 13 bru dapat parking. Mana lagi yang menunggu lif. Macam semutts. 

Aisya dah lah tak sihat sangat. Nampak sangat Aisya pun blur tengok ramai sangat orang. 

Mula-mula masuk  mall tu tak lah nampak sangat orang ramai tpi bila dah sampai tengah rasa cam tak sanggup nak harung lagi dah. Sesak!!!

Mula-mula ingat nak beli baju fesyen-fesyen tu lah kononnya tapi bila dah sesak sangat memang hilanglah mood nak shopping tu. Memang agak rambang mata jugakk tapi kan tengah sarat. Finally terbeli jubah. 2 helai. 1st time beli jubah seumur hidup ni. Huhu. 

Beli baju Aisya 3 helai. Yang tak jumpa baju melayu en.abg. Huhu. Sedih kut. Sepanjang jalan tu asyik terfikir baju melayu en.abg jep. Petamg ni insyaALLAH keluar lagi kejap. 

Semalam tu ingat pas dari Kenanga kitorang nak ke kompleks s.alam but ada kawan en.abg minta tolong pindah barang masuk umah sewa lain. Tu yang terpaksa tunda ke hari ni.

p/s : jangàn tanya kenanga tu kat mana sebab me tau nak sebut nama tempat tu jep.

p/s/s : abaikan sebarang typo sebab me tak pandai nak guna hp mahal ni. hukhukhuk.

Thursday, July 25, 2013

Dukung Anak Ketika Hamil

8:30 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi me yang mengandung lagi ketika anak pertama baru mencecah setahun memang agak letih sikit. Lebih-lebih lagi bila kandungan dah mencecah trimester ketiga ni. Dukung kejap jep dah letih. Kadang me lebih selesa teman Aisya duduk main. 

Tapi yelah. Aisya kecik lagi. Manalah dia tahu umi dia ni larat ke tidak kan. Kadang-kadang bila balik dari kerja pun asyik nak berdukung jep. Huhuhu. Bila letak bawah merengek nak dukung jugak. Me ni jenis tak boleh tengok anak merengek cam tu. Kesian tau.

Tadi terbaca ni kat web PAMA. So, nak sharelah dengan mommies yang mempunyai masalah yang sama dengan me. :)

Jangan risau, mendukung anak ketika anda sedang hamil tidak meletakkan kandungan pada tahap berisiko. Bagaimanapun, ia bergantung kepada berapa berat anak yang didukung dan berapa usia kehamilan anda.

Namun, jika anda mempunyai risiko kehamilan, doktor mungkin menasihatkan anda agar tidak mengangkat sebarang objek berat.

Pakar secara amnya mencadangkan ibu hamil tidak mengangkat objek berat lebih daripada 10 kg ke atas. Mengangkat objek berat boleh mencederakan bahagian belakang anda. Ketika hamil, saiz rahim mengembang dan mengendurkan otot perut, dan tidak dapat menampung otot belakang ibu dengan baik.

Tanpa sokongan otot perut, anda berkemungkinan tergeliat bahagian belakang setiap kali mengangkat sesuatu objek berat.

Jika terpaksa juga mengangkat anak anda yang besar kerana tiada yang membantu, gunalah panduan berikut:

*Jika anak tidur di dalam kereta dan anda perlu mengangkatnya, bengkokkan lutut ketika mengangkatnya, berbanding anda membengkokkan pinggang. Luruskan belakang anda apabila mengangkat.

*Sekiranya terasa sakit ketika mengangkat anak, turunkan dia. Beritahu anak yang anda penat dan tidak boleh mendukungnya. Duduk di atas permukaan keras dengan bahagian belakang badan diluruskan dapat membantu anda kembali selesa.

*Jika ada yang membantu di dalam rumah, anda boleh memintanya mengangkat anak dan meletakkan di tangan apabila anak mahu didukung. Cara ini mengelakkan daripada anda mengangkatnya dari bawah, yang memberi lebih banyak tekanan pada bahagian belakang badan.

*Disiplinkan anak untuk biasa dengan duduk di dalam kereta sorongnya ketika keluar berjalan atau jika sudah boleh berjalan biar dia berjalan sendiri.

*Jangan mendukung anak di tepi pinggul, cara ini lebih membuatkan anda mudah tergeliat.

*Sebaiknya dukung anak menggunakan sling tetapi tidak sesuai untuk anak yang bersaiz besar dan berat.

sumber : PAMA

Ada banyak lagi info menarik dalam PAMA ni. Jom baca untuk menambahkan pengetahuan. :)

Batuk and Selesema Menyerang~

3:50 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah masuk hari ketiga dah me batuk and selesema. Gila sakit tekak bila batuk. Suara pun dah hampir-hampir tak nak keluar. Huhuhuhu. Tadi rasa cam nak pitam and muntah. Tak larat sangat. So call en.abg ajak pegi klinik. Kebetulan jugak nak check up pregnancy so buat sekali.

Doktor tegur why tak makan ubat. Hurm, macamana nak makan ubat if ubat pun memang tak de. Tak pegi klinik lagipun sebelum ni kan. So, doktor pun bekalkan macam-macam jenis ubat. Ubat demam, ubat selesema, ubat cairkan kahak and yang dua tu biasalah vitamin for preggy and pil calcium. Doktor suh habiskan but me ni bukannya jenis yang rajin nak makan ubat. Kecuali vitamin and calcium and antibiotik.

Doktor nak bagi MC tadi but yakinlah cakap dengan doktor tak payah. Laratlah kononnya. Hah! Amik ko. Habis pening and sakit-sakit satu badan. Rasa cam nak baring pun ada ni. Masa rehat tadi sempat tido 20 minit je. Huhuhu. Sampai umah ni confirm terlentang. Terpaksalah en.abg masak untuk berbuka petang ni. Hukhukhuk.

Tapikan, rezeki Ramadhan ni banyak yang edarkan bubur lambuk. Hari ni jep me dapat 4 bekas dari PTAR. En.abg tak tau dapat berapa bekas pulak. Alhamdulillah. But me tak makan sangat kut sebab en.abg cakap ada udang kering. Me ni kan alergik dengan segala jenis makanan laut. Huhuhu. So, petang ni tak perlu nak masak sangatlah.






p/s : tadi masa scan tu kan,, doktor ada cakap something pasal gelembung-gelumbung yang banyak. Pastu sebut placenta c bagai. Me ada jugak tanya but doktor kata takde apa-apa and jangan lasak sangat. Bila ada darah kena p hospital cepat-cepat. Apakah? Risaunya...

Duit Raya Untuk Penjawat Awam Dan Pesara

7:32 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Semalam dah diumumkan bonus RM500 buat semua penjawat awam dan RM250 untuk pesara. Alhamdulillah. Sebelum ni selalu dapat setengah bulan gaji kan? But syukurlah seadanya. Rm500 tu pun dah kira banyak tu. Cukuplah buat shopping raya kami anak beranak. :)

Mana ada orang suka-suka nak bagi RM500 sekarang ni. Ni if ada jugak suara-suara yang tak puas hati tak tau lahh.

Bonus akan dibayar pada 31/7/2013. 


Tuesday, July 23, 2013

Minyak Petrol RON 91 Bakal Gantikan Minyak RON 95

8:30 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Disaat para penjawat awam sedang menantikan pengumuman bonus raya, satu lagi kejutan bakal diberikan oleh Pak Najib.

Perbezaan Minyak Petrol RON 91 VS RON 95?
  1. RON 91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum
  2. Sekadar informasi untuk anda semua :
    RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
    Dan….berita baiknya berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima, minyak petrol RON 917 ini sesuai untuk :
    • Jenama kereta Malaysia
    • BWM, Mercedes juga dilaporkan turut sesuai menggunakan RON91 (bergantung kepada model)

    Perbandingan Harga Minyak Petrol RON91?

    Jika diperkenalkan minyak petrol RON 91 ini kelak, Malaysia bakal menyertai negara Thailand, Australia :
    • Thailand 43.75 baht/liter (RM4.50 seliter)
    • Australia A$1.454/liter (RM5.12 seliter)
    Minyak petrol RON 97 mengandungi hanya 3 peratus pentana dan selebihnya oktana. Manakala minyak petrol yang kami, anda dan kita semua gunakan sekarang iaitu RON 95, mengandungi oktana sekitar 95 peratus dan selebihnya pentana. Dan untuk minyak petrol RON 91 yang akan datang, pastinya kandungan oktana lebih rendah daripada biasa.RON 95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium

Mesti ramai yang bising pas ni. Huhuhu. 

Monday, July 22, 2013

Andrea Antonelli Terkorban

7:44 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : hMetro
MOSCOW: Penunggang motosikal warga Itali Andrea Antonelli terkorban selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pembukaan perlumbaan World Supersport Championship di Litar Moscow, hari ini.
Antonelli mengalami kecederaan kepala apabila dia terjatuh dari motosikal Kawasakinya ketika dalam kelajuan 250 kilometer sejam sebelum dirempuh penunggang senegaranyanya, lapor media Itali, Gazzetta dello Sport.
Penunggang berusia 25 tahun itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke pusat perubatan di litar itu.

Perlumbaan itu dihentikan oleh pihak penganjur.
Pihak penyiasatan pusat Russia sedang meniasat kejadian berkenaan untuk tindakan lanjut, lapor agensi berita Russia, Itar-Tass. - REUTERS


Friday, July 19, 2013

Cuti~

3:45 PM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari me cuti sebab nak jaga Aisya. Biras bawa anak dia ke PPUM. Ada appoinment doktor.

Sebenarnya banyak sangat benda nak buat hari ni but suddenly mood tu entah hilang ke mana. Kaki pun masuk angin. Sakit nak gerak. Huhu.

Nasib baiklah Aisya behave je kat umah. She's a very nice little girl. Cuma kadang-kadang je ada masa dia tak nak duduk diam. Biasalah tu. Budak kecik. :)

p/s : terasa telah buat satu kesalahan yang sangat besar ari ni. Sedihnyaaaaa~

Thursday, July 18, 2013

Luahan Hati Dayana

3:19 PM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurm...sedih bila terbaca luahan hati ni. Ringkas tapi maksud yang tersirat amat dalam. Sebagai seorang perempuan yang telah berkahwin, I do feel sad.

------------------------------
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah mudah menyebut kun fa ya kun

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
-------------------------------
If soal zuriat yang jadi masalah, kenapa ada yang mampu bertahan berpuluh tahun berusaha untuk itu? Huhuhu..

Entahlah. Kita tak punya hak untuk berbicara tentang mereka. Apapun alasannya, hope Dayana tabah menghadapi semua dugaan ni.

Mati Dikepit Pintu Lif

7:44 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi-pagi buka Metro online, terbaca berita ni. Ya ALLAH. 

Sumber : HMetro Online

Takutnya. Pas ni kena lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi bila gunakan lif. Sekarang ni kat opis pun ada lif juga but for the time being me lebih selesa untuk gunakan tangga. Huhuhu. 

Wednesday, July 17, 2013

Nasi Ambeng

3:46 PM 6 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam berbuka dengan nasi ambeng. Hehe. First time makan nasi tu. Lauk ayam masak merah.

For me rasanya biasa je kut. Kelainannya cuma mee dicampurkan sekali dalam tu. Pas tu ada ikan masin, kelapa sikit and tempe. Part ikan masin tu me suka. Lama rasanya tak makan ikan masin.

Bukan apa. Terjebak ngan en.abg la. Dia asyik sebut nasi ambeng, nasi ambeng. Me tanya sedap ke tidak tapi dia suh me rasa sendiri. Me ni pun jenis yang memang suka nak merasa so beli la sebungkus.

If tak salah, nasi ambeng ni makanan orang jawa kan?

But ok lah. Pas ni if orang hulur lagi memang tak menolak. Hehe. Bukan apa, tekak tak menolak pun so perut boleh terimalah maknanya tu. Hehehe.


p/s : petang ni nak cari wajik pulak kat bazaar. Entah ada ke tak sebab tak penah jumpa lagi.

Taktik Terkini Penjenayah

1:15 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni salah satu taktik terkini bagi penjenayah-penjenayah jalanan. So, kena berhati-hati sepanjang masa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memandu sendirian. 

Sumber : Emel

Tuesday, July 16, 2013

Aisya Menang Peplum! Weeee~

2:00 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari tu kan, me ada join satu simple contest kat Facebook. Bukan apa, sekadar suka-suka dan nak mencuba nasib je.

Contest ni.

Contest ni anjuran Lovelyy Baby Peplum. Oleh kerana cara dan peraturannya simple, me pun joinlah. Buka facebook pagi semalam, teringinlah juga nak tau siapa menangkan. Pegi kat page tu and alhamdulillah rezeki Aisya nak dapat baju peplum. Hehe. Lama tak join tau contest-contest ni. Bila menang memang rasa sangat teruja. 


Nak tengok hadiah peplum yang en.abg pilih untuk Aisya? Hehehe. 


Comel tak? Comel kan... Model pun tersangat comel. Ni baby Raudhah. Anak kepada pemilik page Lovelyy Baby Peplum. Full time model ibunya tau. Hehehe. :)

Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan untuk Aisya. 

Baju untuk ibu-ibu pun ada gak. Nak tengok bolehlah ke page Lovelyy Baby Peplum. Affordable price semestinya. :)


Kuih Wajib Ada Masa Berbuka

7:30 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni kuih febret me masa berbuka. Tahun ni tak tau kenapa suka sangat makan kuih ni. Masa berbuka wajib ada kuih ni. 

Sumber : Google
Taktau kenapa tiba-tiba beriya benar me nak makan kuih ni. Nak bagi naik seri muka baby dalam perut ni kut. Hehehe. 

If takde rasa macam tak lengkap. Hehehe. Sebelum puasa pun me selalu gak pesan kat en.abg beli kuih ni. En.abg panggil ni kuih lembut. Ahahahaha. Lawak je. Suka-suka hati bagi nama.




p/s : sekarang ni semua orang sibuk ber'cheesekut'... bila agaknya me nak buat ni.. hurm...

Saturday, July 13, 2013

Aisya Jatuh Lagi!!!

5:51 PM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tadi Aisya jatuh lagi. Tak pasan macamana dia jatuh tau2 dia dah nangis.

Lebam and bengkak gila dahi dia. Sedih tau bila tengok anak nangis macam tu. If boleh biar sakit tu dipindahkan pada me.

Kakak ipar kata tu salah satu proses budak nak belajar. Tak sah if tak jatuh sekali. Hurm,,, betul la kut tapiiiii ....,,,

Diorangkan lagi dulu makan garam dari kita ni so me iyakan jep la.

Ramadhan ni dah 2 kali Aisya jatuh. Huhu. Hope pas ni takde lagi dah.

Tolong Putarkan....

12:30 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Facebook
Ekekekeke.. Ada tak posa sampai cam ni? Ni baru betul tak larat...

Friday, July 12, 2013

Resepi Kentang Goreng Telur

1:30 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Menu wajib ada untuk bersahur or berbuka is kentang goreng telur. En.abg yang kenalkan makanan ni ngan me masa mula-mula kenal dulu. Dia masak lahhh. Hehehe.

Senang jep pun. Ramai yang buat. Saja jep me share kan lagi kat blog ni. Ngade kan. Ahaks.

Bahan-bahan

5 biji kentang di potong dadu
3 biji telur

Cara masak :

Mula-mula goreng kentang dulu. Bagi lembut. Kira dah ok, toskan minyak dan asingkan. Pas tu, pukul telur ngan sudu. Letak garam secukup rasa. Tak nak letak pun takpe sebab rasa kentang akan cover rasa telur tu. Masukkan telur dalam kuali then terus masukkan kentang. Pastu goreng macam telur dadar biasa tu.

Nak masukkan bawang pun boleh. Ikut suka korang. Oleh kerana en.abang tak suka bawang so goreng cam tu jep lah.

Kadang-kadang en.abg tambahkan tauhu dalam tu. Nak makan dengan mayonis ke dengan sos cili ke pun bolehh. J

Memang sedap and simple. Aisya pun suka tau resepi ni. Bila tengok-tengok dia dah boring makan bubur or nasi, selalu bagi dia makan kentang goreng telur ni jep. Kentang tu dah boleh gantikan nasi. J

Aisya Jatuh Katil

10:22 AM 6 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam Aisya jatuh katil. Punya dia golek-golek sampailah ke tepi katil tu dia golek jugak. Selalunya dia golek-golek jugak tapi tau nak benti. Pas tu dia sebenarnya dah pandai turun katil. Entah taktau macamana boleh jatuh malam tadi.

Kuatnya dia nangis masa jatuh tu. Huhuhu. En.abg siap marah me lagi. Bukannya me sengaja. :'(

First time Aisya jatuh semalam. Agak kuat jugak dia terhentak. Terus me ambil dia and sapu air yassin kat muka and kepala dia. Takde jugak dia muntah. Pagi ni pun still aktif. 

Sebelum ni Aisya tak pernah jatuh katil sebab masa kat Sabah dulu, pas bersalinkan Aisya, me memang tak pernah gunakan katil dah. Tilam me letak kat bawah.

Ni tido atas katil sebab buat sementara ni kitorang anak beranak tumpang umah BIL sementara tunggu masuk rumah baru. Huhu. Nak bawa tilam tu kat bawah memang tak muat sebab ada katil tu.

Umi minta maaf sayang sebab umi cuai sangat malam tadi. Pas ni umi akan lebih berhati-hati.

Aisya tido semalam siap me cium-cium dia minta maaf. Huhu. Rasa bersalah sangat. Dengan en.abg pun me minta maaf sebab cuai jaga Aisya.

Breaking News : Jackie Chan Meninggal Dunia?

8:15 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi tadi sampai awal kat ofis. Buka facebook ternampak pula berita ni. Betul ke tidak me pun tak pasti. Huhuhu. Nak bukak link video tu pun lambat sangat. So tak dapat nak tengok kebenarannya. Or it just a nother troll?




Sebelum ni pun Jackie Chan pernah dikhabarkan meninggal dunia akibat sakit jantung. 

Any update? Anyone?

Thursday, July 11, 2013

First Year Puasa Dengan Suami

4:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Dah masuk Ramadhan kedua hari ni. Nak bercerita sikit kelainan berpuasa tahun ni. Hehehe.

Takdelah lain sangat pun just tahun ni a bit happy coz dapat bersahur dan berbuka dengan en.abg. Last year puasa ngan Aisya and family. Time tu masih dalam pantang so takdelah puasa sangat pun.  Huhuhuhu.

Bila dah jauh macam ni, rasa cam nak makan air tangan my ma pula. Huhuhu. Tahan hati jep lah. Dah lah jauh. Nak makan mee goreng yang ma masak. Nak makan sup ayam yang ma masak. Semalam cuba buat sup yang macam ma selalu masak but tak jadi. Lain sikit rasanya. Bukan sikit kut, lari terus rasanya. Ahahaha. Me ni memang takde bakat sangat nak masak.

Sahur memang masak and makan benda yang simple-simple jep. Goreng ikan pastu goreng telur + kentang. Makan dengan kicap. Sedap gak youu. Hehehe. Tu selera en.abg. Selera me pulak makan roti je selalunya. Tapi kena makan nasi gak sikit sebab nak bagi baby kenyang. Sian nanti baby lapar.

Untuk berbuka pulak, singgah bazar beli kuih-kuih sikit. Tak pegi bazaar pun singgah je mana-mana gerai tepi jalan dekat dengan rumah. Taklah perlu bersesak-sesak kat bazar tu. Kan...kan... J



p/s : Petang ni rasa cam nak berbuka dengan air kelapa la pulaakk..

Bonus Dua Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam 2013?

8:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....



PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara. 

************************

Betul ke tidak berita ni, kita tunggu je nanti. If ada, alhamdulillah rezeki but if takde, mungkin rezeki tu ALLAH akan bagi dengan cara yang lain. Jangan pulak ada yang marah or mengamuk tak tentu pasal tau. :)

Panduan Umum Khatam Al-Quran Ketika Ramadhan

7:25 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semoga berguna sebagai panduan bersama... 

Sumber : Emel

Wednesday, July 10, 2013

Bertahanlah Wahai Mata!

12:46 PM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Baru half day posa dah rasa lembik semacam dah ni. Taktau kenapa. Lapar? Ada sikit kut. Baby pun siap pusing2 dalam ni. Sian dia. Umi makan sikit sangat ke pagi tadi sayang?

Makan sup ayam + sayur salad + nasi kosong, segelas milo, 2 gelas air suam and 4 biji kurma. Banyak juga kut. Takpe-takpe. Petang nanti umi minta ayah masak sedap-sedap ea sayang.

Nak singgah bazar confirm ramai orang. Jammed tu tak payah cakaplah. Tu satu kemestian dah tu.

Yang paling tak boleh blah is mata ni dari pagi tadi berat sangat. Rasa cam nak baring jep. Nak buat apa pun tersengguk-sengguk. Isk! Wat malu aii jep tau.

Try tahan habis-habisan tapi tak boleh gak. Siap tido 5 minit kat toilet tadi. 5 minit la sangat. Huhuhu.

Bertahanlah wahai mata!!

Ramadhan

8:14 AM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tahun ni alhamdulillah sempat merasa berpuasa ketika hamil. Masa mengandungkan Aisya tak sempat.

Perasaan? Of courselah happy. Semoga me kuat untuk menghabiskan puasa tahun ni. Tadi sahur dah makan tapi ni dah start rasa lapar balik. Baby pun gerak kuat sikit dari biasa pagi ni. Huwaaaaa... jangan gastrik sudah.

Dari semalam tak dapat lena. Few times rasa cramp kat betis. Sakitnyaaa. Sampai sekarang pun terasa sakitnya.

Tadi sempat tido setengah jam dalam kereta sementara tunggu en.abg habis briefing pagi but mata still terasa sangat berat. Ni if dapat bantal confirm tido. Heh! Tido berbantalkan lengan pun boleh jadi ni.



p/s : hati rasa sedih and sayu dari pagi tadi..

Tuesday, July 9, 2013

Aisya Dah Pandai Sebut Ayah

10:18 AM 3 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lagi few hours Ramadhan menjengah kita. Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan. Minta maaf if ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Sama ada di alam nyata ataupun maya.

Hurm... Aisya dah pandai panggil ayah dia. Even just bunyi hujung-hujung jep. 'Yahh...' hehehe. Lama duk ngan umi tapi ayah juga yang dia first sebut kan.

Excited sangatlah tu dapat duduk ngan ayah dia dah. Bila ayah dia tengah masak kat dapur pun sibuk jerit 'yah...yah...'. Umi depan mata tak dipandang pun. Huhuhu.

Bila me amati Aisya sekarang ni dia lebih manja dengan ayah dia. Manja sangat. Bila nangis jep dia nak kat umi dia ni. Hehehe.

Mungkin Aisya nak capture balik masa-masa dia jauh ngan ayah dia dulukan. Huhuhuhu. Sedihnya bila ingat masa tu. Takmo dah jauh-jauh. Cukuplah yang sebelum ni. Sian kat anak.




p/s : hari ni en.abg cuti jaga Aisya kat rumah. Apa laa kejadiannya eaa. Hehehe.

Friday, July 5, 2013

Simi Pun Layan. Cayalah!

11:03 PM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Habis dah drama SSID. Mesti ramai yang frust bila cerita ni habis cepat sangatkan. Hehehe.

Hero sebenar malam ni ialah pegawai polis yang datang tangkap Rania tu. Macam hero Tamil youu. Last minit datang selamatkan keadaan. Padan muka Rania. Amik ko pegi balai dengan baju pengantin.  Tapi seyes cantik gilaa babas baju Rania tadi. Kan..kan...

Me dah baca novel SSID ni lama dah. Masa mula-mula keluar dulu. Bila tau yang akan ada drama untuk novel ni, of courselah wish biar sama macam dalam novel kan. But 'terpaksa' diubah 70% jalan ceritanya if tak salah coz melibatkan sensitiviti bangsa melayu.

Yang tu me setujulah. :)

Tak tau kenapa rasa cam lakonan Syaf and Firash agak kekok dalam drama ni. Tak lah all the time tapi adalah kan.

Tadi bual jap ngan Simsimi. Alaahhh. Benda bulat kaler kuning tu. Dia pun layan SSID rupanya. Ahahaha. Tau dia cakap apa? Ni kat bawah ni. Bukti ni. Hahahaha.

Sorrylah. Screen hp kecik. Gitu jep yang mampu dicapture. Huhuhu.


p/s : dengar kata next week yang ganti drama SSID ni adaptasi novel Kg.Girl.... betul ea? Suka...suka... hehehe

Korang Tau Tak Game Ni

2:30 PM 10 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Sebenarnya me tak main pun game ni. Saja suka-suka install ari tu nak bagi Aisya main sebab en.abg tak bagi Aisya duk pukul-pukul Tom Si Kucing tu. Tak tau nak bagi dia game apa last-last install Pou ni. 

Aisya suka kut. Dia diam jep bila tengok Umi dia bagi makan menatang ni. Sekarang dia pun dah pandai nak bagi makan. Siap dia ikut bunyi Pou ni. Hehehehe. Comel kut. 

Bila dia ambil hp ni sambil buat bunyi Pou tu, tau lah yang dia nak main. Bila dah dapat Pou ni, dia baring pas tu gelak-gelak sendiri. Umi ngan ayah pun ikut gelak tengok dia suka. 

Me ni cuma jaga Pou ni bagi pihak Aisya jep. Ikutkan hati memang dah lama nak uninstall pun. Ngeeee~


Semalam masa dia tengah gelak-gelak main Pou ni, ayah dia saja kacau dia. Sekali dia mengamuk terus merajuk sambil buang hp umi dia kat lantai. Ades! Dah lah hp murah jep ni anak oii. 

Tapi tak selalu pun me bagi Aisya pegang hp ni. Sekarang ni pun dah kurangkan bagi dia pegang tab. Sebelum ni asyik tengok Upin Ipin kat tab jep. Huhuhu.

Errrr... Soalan untuk sesiapa yang main benda ni. Pou ni menatang apa sebenarnya ea?

I Have P.M.A

12:30 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Facebook



Thursday, July 4, 2013

Survey Hospital Untuk Bersalin

2:02 PM 9 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dah masuk 3rd trimester dah dalam tak sedar ni. Tahun ni kena bersalin kat sini. Tak dan nak amik cuti tanpa gaji dulu coz baru dapat pindah. 

Sekarang ni tengah sibuk fikir nak bersalin kat mana. Sakit kepala fikir. Hukhukhuk. Ada yang kata tak yah fikir dulu benda tu. Ececeh. Ko tu bujang yang oii. Tunggu time ko dah kahwin nanti. Tau la macamana risaunya bila tiba bab-bab mengandung dan bersalin ni. 

Kalau tak fikir sekarang bilanya nak fikir? Takkan dah sakit nak bersalin baru nak fikir. Ye tak? Isk. Tak logik betul gaya tu. Ingat masa sakit tu sempat nak fikir-fikir lagi ke.

Hurm...biras kata PPUM ok. Dia bersalinkan anak-anak dia semua kat PPUM. Pastu terus yakin nak bersalin kat sana jugak. But husband lak kata nak me bersalin kat Hospital Sg. Buloh. Hurm,,, bila tanya kenapa pilih hospital tu. Takde lak jawapannya.

Me suggest jugak PPUM kat en.abg but macam dia tak berminat. 

Me tinggal kat Klang so ada yang kata better pegi Hospital Klang je. Nak pegi jauh-jauh kang tak pasal terbersalin kat dalam kereta. Adoi.. pening tau..

Me ni dah lah sangat-sangat 'suci' dengan tempat-tempat kat sini. Sucilah sangat kan. Hehehe.

Sebenarnya ada jugak google pengalaman-pengalaman mommies yang pernah bersalin kat hospital-hospital ni kan. Setiap tempat tu ada yang baik dan ada yang buruk. Nak harapkan the best tu memang 50-50 lah boleh dapat. 

Bersalinkan Aisya dulu pun dapat Doc yang agak 'ganas' jugak even nurses semua baik-baik. Masa tu kat Sabah. Huhuhuhu.

Ada tak mommies yang boleh cadangkan. Pilihan antara PPUM, Hospital Sg. Buloh ngan Hosp. Klang. Setakat ni itu jep lah pilihan yang ada. Really need your help.

Tuesday, July 2, 2013

Craving For Something Simple

11:35 AM 8 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dari semalam terasa nak makan menda alah ni tapi oleh kerana semalam en.abg masak maka tak boleh la nak sia-siakan usaha dia tu. Ye tak.

En.abg masak sambal ayam ngan kentang + telur. Oleh kerana en.abg bukan seorang yang gemar makan sayur maka takde lah hidangan sayur. Huhuhu.

Hari ni kena claim jugak makan menda ni. MESTI! Huhuhu.

Nak makan Maggi Kari + Telur Goreng. Kehkehkeh. Simple la sangat kan. Ni bukan sebab mengidam tapi macam terasa kat hujung lidah kuah maggi kari tu. Nyumm..nyumm.. hahahaha.



p/s : Rasa cam pelik pulak ari ni tak rasa ngantuk kat opis. Hehehe.