Thursday, February 27, 2014

Media Siar Robot Syiah Sembahyang

12:02 PM 8 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam me pun perasan ada berita tentang robot yang sembahyang ni tapi tak pandang betul sebab tengah melayan Aisya main. Baru tadi ternampak status kawan di facebook mengenai robot tu. 


Jika betul maklumat ini sangat kecewa dengan pihak bertanggungjawab. Adakah tiada tapisan dibuat sebelum sesuatu cerita disalurkan kepada orang ramai? Dalam tidak sedar ajaran syiah mula disebarkan secara tidak langsung. 

Me cuma berkongsi apa yang perlu dikongsi. Sharing is caring. Minta maaf jika ada salah dalam penyampaian ini. 

Wednesday, February 26, 2014

Senyum Pagi :)

9:48 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Simple update pagi ni. 


Hahaha. Just nak bagi kita gelak-gelak sikit. Taklah serius sangat keja kan. 

Sumber : facebook




Nak interview staf bakal bersara jap lagi. Homaiii.. Nervous lebih pulak. First time ni interview orang. Haha. Wish me luck. ;)

Tuesday, February 25, 2014

Sunday, February 23, 2014

Checkmate!

7:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Checkmate!! If Aisya or Aeera tanya soalan macam ni pada me,, mesti speechless. Taktau apa nak jawab. So, from now on kena fikir jawapan in case bila besar nanti diorang tanya. But still tak terfikir nak jawab apa. Huhu


Sumber gambar : facebook

Friday The 13th

12:36 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tadi baru habis tengok movie Friday The 13th kat tv9. Gilerr arr. even dah few times tengok movie ni still rasa macam terkejut-terkejut. 


Tapi seriously yang cerita ni memang hantu lah. Masuk bilik terus jadi peka pada bunyi. Bunyi sikit je mulalah tak dapat tido. Huhu. Tu yang boleh update tengah malam buta ni. 

Ending tu yang sakit hati tu. "eh.. Tak mati lagi Jason ni?" Haaaa. 

Korang tengok tak cerita ni? 

Saturday, February 22, 2014

Bila Muka Umi Dirty

11:37 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Semalam lama Aisya pandang muka umi. 
Pas tu dia cubit sambil kata 'teti..teti' (dirty)
Umi mula blur juga.
Dah lah baru pas mandi. 
Gelak kuat-kuat pas tau apa yang dia kata dirty tu.
Hahahahaha. 
Tu tahi lalat la sayang. 
Tapi dia still kata dirty. Siap amik tuala lagi nak lap. 
Adoi anak. Haha.
Pandai sungguh kamu buat umi gelak kan.





Friday, February 21, 2014

Bertugas Di Waktu Rehat

1:02 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Pusat IT. 
Ganti staf yang mc. 
Last minute. 
Tak sempat makan. 
Lapar la pulak. 
Kenapa terima? 
Sebab boleh balik awal sikit.
Nak main ngan anak-anak pulak.
Ada peluang apa salahnya kan. :)
Masa untuk keluarga sangatlah berharga untuk me. 

Halau Ayah Keluar Rumah

9:30 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Memang tak boleh blah betul tajuk artikel akhbar ni. Geram betul. Dah kau yang berhutang, apa hal pulak nak halau-halau orang. Tau takde duit pegi berhutang buat apa. Isk!! 

Ampang: Dia bukan saja mengugut dengan menghayun tukul besi untuk mencederakan ayahnya yang berusia 70-an, malah warga emas itu akhirnya dihalau daripada rumah pusaka yang diduduki sejak sekian lama.
Itu perbuatan zalim seorang lelaki berusia 30-an yang terdesak mendapatkan wang bagi melangsaikan hutangnya dengan ceti haram atau along. 
Sumber polis berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 11 pagi Ahad lalu, suspek turut menghalau kakaknya yang turut tinggal di rumah sama yang terletak di Kampung Pandan, di sini.

Menurutnya, mangsa bersara daripada perkhidmatan kerajaan sejak setahun lalu dan dia yang sudah kematian isteri tinggal di rumah pusaka berkenaan bersama keluarga anak perempuannya.

“Suspek yang belum berkahwin turut tinggal di rumah itu. Pada hari kejadian suspek tiba-tiba naik berang dan menghalau ayah serta kakaknya keluar dari rumah,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba menenangkan anaknya dan meminta mereka berbincang secara baik namun, suspek enggan berbuat demikian sebaliknya mengambil tukul besi dan mengugut untuk mencederakan ayahnya itu. 

“Lelaki itu mendesak bapa dan keluarga kakaknya keluar dan mengancam mahu membelasah mereka dengan tukul besi berkenaan jika arahannya tidak diterima. 

Sumber berita : myMetro


Thursday, February 20, 2014

Rajin Dah Aeera Meniarap

11:02 AM 3 Comments
Asaalamualaikum dan salam 1Malaysia

Genap je umur Aeera 5 bulan, rajin dah dia nak meniarap. Kejap-kejap tiarap. Kadang bila dah penat dia pandai nak terlentang sendiri but kadang manja sangat. Nangis-nangis minta tolong kat umi nak telentangkan dia. Hehe. 

Pastu kadang suka je dia guling-guling atas tilam. Pernah sekali me baringkan dia kat tilam then pegi dapur jap. Tengok-tengok dah ada atas lantai. Nasib baik la ada tikar bawah tu. Dah lah tergolek tu dia senyap je. Tengok umi dia terjerit boleh dia ikut jerit skali sambil senyum. Suka tau. Hahaha.

And Aisya pun suka bila adik dia tiarap. Boleh dia ikut tiarap and ngadap adik dia sambil ajak borak. Hahaha. Aeera pun macam faham je. Aisya lagi suka if adik dia jawab. Siap gelak lagi. Baby language kan. Tengah ngumpat umi ke apa. Hahahaha.




Masa tido pun meniarap tu. Lelap pulak tu. Haha. Macam-macam gayamu anak. 

Semoga membesar jadi anak yang solehah ya sayang. InsyaALLAH. Amin. 


Wednesday, February 19, 2014

Suamiku Bukan Roy Azman

8:30 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hahaha. Kemain tajuk kan. 

sumber Google

Alahai... apasal tak jumpa pic Roy Azman yang terang sikit ni. <malas nak cari sebenarnya..haha>



Cer korang bandingkan muka Roy Azman yang hensem dengan muka en.abg (kat header). Sama tak? Ada iras tak?

Hehe. Nak tau tak. Umi Nazrah adalah orang kedua yang cakap macam ni. Sorang lagi kenalan facebook. 

If ada iras tu hensem jugaklah en.abg ni kan.. Hehehe. 

Pening Pening Lalat

7:47 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pening kepala. Rasa nak muntah. Tapi selera makan tetap giler-giler punya selera. Hehehe.

Migrain? Entahlah. Taktau. Mungkin sebab lama sangat tengok pc kut. Tanda-tanda pregnant? Haaaaa. Ko jangan. Aeera baru 5 bulan tu. Hahaha. 

Rasa macam nak baring and tido tapi agak-agaklah kan. Baru nak masuk kul 8 kut. Huhu. Anak-anak pun still nak main. Tapiiii kan. Memang tak larat la. Rasa macam nak nangis pun ada.

En.abg lak ot malam ni. Kena escort bos ke KL. Ada function kat sana. If en.abg ada boleh gak tolong tengokkan Aisya n Aeera sementara me rehat jap. Huhu. 


Parcel From Drypers

12:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Haaaa. Semalam dalam kereta masa nak balik tu en.abg hulur 1 parcel ni. Hairan jugak. Sebabnya me takde order apa-apa. Bila tengok sampul tu. Dari Drypers.

Buka sampul ada kuar baju ni. Hehehe. Dah lama kut me apply untuk baju ni. Seminggu pas bersalinkan Aeera hari tu agaknya. Tak ingat dah. Lama sangat. Ingatkan memang tak dapat dah baju ni. 


Apa ea nama baju ni? Pyjamas ea? 

Mati Kerana Kaki Ayam

8:00 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurm.. Bunuh orang sebab kaki ayam? Biar betul? Tak pasal kena hukum pasal kaki ayam. Takde benda lain ke nak berebut. But who knows kan. Maybe orang tu memang mengidam sangat-sangat nak makan kaki ayam tu. 


Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.
James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.
Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan.

Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan.

Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya.

Baca selanjutnya : myMetro


Tuesday, February 18, 2014

Menanti Dan Terus Menanti

11:32 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Menanti dan terus menanti. Belum dapat lagi sebarang emel. Tak layak ke? Hurm... If tak layak memang takkan ada email pemberitahuan ea? Tak pe lah. Tunggu lagi few days. If takde jugak rasanya better berputus harapan je kan. Mungkin bukan rezeki me. 

Hurm,,...... But still nak tau jugak keputusannya. Apa? Kenapa? So? Grrrrr. Hahaha. Susah betul me nak percaya or lepaskan. Takpe. Takpe. Jom kita tidur dulu sambil berdoa semoga ada keajaiban eaok. 

Good nite semua. Mimpi yang indah yaaaa. :)

Seribu Entry Sudah

3:48 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni screencapture yang me amik semalam. Tengok jumlah yang me post tu. Haaaa.. Dah seribu entry. Sepanjang hampir 4 tahun berapa bulan ntah me blogging, akhirnya post entry dah banyak tu. orang lain 2 3 tahun dah capai riban entry tapi me nak tunggu lama ni baru banyak tu. hehehe.





Alhamdulillah. Sepanjang blogging ni memang banyak gak benda-benda tak diingini berlaku. Ada masa tu macam nak patah semangat tapi alhamdulillah masih dipanjangkan jodoh dengan blog yang tak seberapa ni. :)

Monday, February 17, 2014

Beza Belajar Dulu dan Sekarang

1:07 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dulu macam ni lah kenyataannya. Rasa masa sekolah dulu tahun 1 - tingkatan 5 tak pernah dengar orang report polis pasal kena denda ngan cikgu. Kecualilah guru yang buat salah laku yang tak elok kepada pelajar. 

And me sendiri dulu macam-macam denda me dah rasa. And buli student pun ada gak kut me buat. Sebab tu tahun 1 - tahun 6 jadi ketua kelas terbaik. Hahaha. Adoi. Rasa jahat pun ada jugak. Bising tulis nama. Kuku panjang rotan. Tak buat kerja ikut jadual tugas pun rotan. Homaiii. Agak-agak kalau me buat macam tu zaman sekarang, dah masuk sekolah juvana agaknya kan. Huk!! 

Hurm.. Dulu denda berdiri atas kerusi, jalan itik, berdiri atas meja sambil angkat kerusi pun pernah. Tapi mak and bapa tak pernah kisah pun sebab tau me yang salah. Nak report ngan mak n bapa pun takut tau. Mana tidak. Silap-silap bapa pun bagi juga sedas dua rotan. Haaaaaa. 

Zaman sekarang ni, entahlah. Susah nak kata. Rotan sikit, report polis. Sedangkan kesalahan tak buat keja sekolah. Adoi la adik. Kesian la kat cikgu-cikgu luar sana tu. Jangan manja sangat. Karang dah habis sekolah jadi lembik. Kat luar lagi banyak dugaan. 

Parents pun sepatutnya memainkan peranan dalam membentuk sifat yang baik dalam diri anak-anak. If buat apa yang cikgu suruh, confirm tak kena rotan punya lah. Pantau anak buat keja sekolah. Periksa buku sekolah anak-anak. Bukan setakat "anak, hari ni ada keja sekolah tak?" Heh! Kalau nak anak pandai, bertegas lah dengan mereka. 

Jangan manjakan anak dengan menyebelahi mereka even tau yang mereka buat salah. Next time mereka akan berani buat benda yang sama lagi. Trust me. "Ala..mak n bapa tak kisah pun. Aku kan anak diorang.." Hurm... 

Sebab tu sekarang pun me mula bertegas ngan anak. Btau Aisya n Aeera mana yang salah n mana yang betul. Even tau yang mereka mungkin tak faham lagi keadaan tu semua but tak salah nak dedahkan dari awal. Supaya bila mereka besar nanti dah tau mana yang elok dan perlu kita ikut dan mana yang tak elok serta perlu dijauhi. 

Apapun, parents kat luar sana, hormatilah kerjaya para guru. Siasat perkara sebenar sebelum buat report. Sebelum panggil press. Jangan suka hati kita nak tutup periuk nasi orang lain. 

Me pernah berkhidmat sebagai GSTT so me tau macamana rasanya. Bukan senang nak handle 30 orang dalam suatu masa. Yang penting guru-guru pun kena ada sifat sabar dalam diri. Fikirkan risiko if kita buat something. 



Sunday, February 16, 2014

Liputan Banjir Yang Melanda Sabah

7:06 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam siapa ada tengok liputan banjir yang melanda Sabah kat Buletin Utama tv3? 


Tarikh and masa di'blur'kan. Motif? 


Haaaaa.. Adakah sebab ini tarikh dan masa kat pic atas tu di'blur'kan? Betulkah tiada wakil tv3 yang datang buat liputan banjir d Sabah ni? Banjir teruk kot. 

Ok. Jangan fikir negatif. Mari kita sama-sama berfikir secara positif. Mungkin diorang lupa nak set semula tarikh dan masa lepas servis. Kan. 

Even me tidak berada di Sabah namun as a Sabahan i pray for their safety. Memang teruk banjir yang melanda Beufort, Tenom dan Keningau ni. Sedih. Sebab ada kawan-kawan yang tinggal area tu. Macamana agaknya keadaan mereka. 






But yang bikin me jadi panas adalah sebab orang-orang macam kat bawah ni,,,


Bukan main lagi kan. Entah siapa pemilik akaun facebook ni. Dia tak kena lagi. Once dah kena tau lah langit tu tinggi ke rendah. Takpe lah. Keyboard warrior memang macam tu. Kita doakan jak semoga dia dapat hidayah. Amin. 


Saturday, February 15, 2014

Friday, February 14, 2014

UiTM FC vs Sabah

9:30 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Yezza!! Jom kita penuhkan Stadium UiTM Shah Alam petang ni. Rasanya memang penuh kut sebab sekarang UiTM pun jadi tuan rumah SUKIPT. :)

Me? Of course me akan berada di sana petang ni. Nak sokong yang mana? Heeeee~ :)

Thursday, February 13, 2014

Macam Cantik Macam Comel

4:36 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

lagu lirik: Erry Putra

susunan muzik: Zimi Sofazr
PenerbitZ: Zul2byb2





mata mata matamu mengoda aku
senyum senyum senyum memikat kalbu
wajah wajah wajahmu menarik hati
hati hati hatiku untuk kamu


walau jauh ku tetap menunggu

ku ingin selalu denganmu



macam cantik macam comel itu katamu
memang cantik memang comel itu kataku
kau selalu ada didalam sudut hatiku
ku ku  menunggu



baby baby i love you

**********************************************************

Haaaaa...tadi kan dengar lagu ni macam best jee. Macam comel je. Tapiiiiiiiiii,, macam ada something yang tak kena la. Hurm,, apa ya?

Kotak Kedua Ephyra

1:41 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mood Ephyra kembali lagi. Alhamdulillah. Ada sikit rezeki untuk beli Ephyra. Me beli mahal pun sebab me tau kesan Ephyra ni memang terbaik. 


En.abg pun sokong me teruskan pengambilan Ephyra ni. And insyaALLAH, Ephyra akan jadi pilihan utama me untuk kecantikan luaran dan dalaman. :)


Pas ni me akan suggest en.abg pulak untuk amik. Maybe akan start next week. En.abg sebenarnya tak berapa amik kisah sangat pasal benda-benda macam ni but bila me pujuk-pujuk and kata akan tolong dia bancuh tiap-tiap pagi akhirnya dia setuju. Hehehe. 

InsyaALLAH, me akan jadi pemantau untuk perubahan en.abg pas ni. :)

Wednesday, February 12, 2014

Siapa Kacau Ni

7:14 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Morning semua. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas pagi ni. 

Me tengah online di cafe ni. Bukan niat nak makan pun lagi. Saja lepak sini sebab tadi ada 'benda' kacau masa me dalam keta. Huhu. Tu yang bawa diri ke cafe. Cafe pun tak buka lagi ni.

Kan sekarang ni musim Sukipt. So, en.abg kenalah turun keja awal dari biasa. Jam 6.30 dah ada kat UiTM ni. Selalu parking kat bawah pokok depan Dewan Sri Budiman. But hari ni tengok dah ada orang parking bawah pokok tu. Lagi awal dari kitorang tuuuu. En.abg amik la parking betul-betul depan DSB tapi sebelah tu khemah. Taktau apa ada dalam khemah tu. 

En. Abg turun pegi opis dia dengan motor. Tinggallah me sorang-sorang bergelap dalam keta. Sebelum-sebelum ni ok. Tak pernah rasa pelik pun but hari ni memang rasa tak sedap hati. Masa dalam keta tu, few times bonet belakang kena ketuk. Bila me pusing takde pulak manusia belakang tu. 

Nak sedapkan hati me buka tab. Konon-konon nak surf tenet la tapi pastu lagi kuat kena ketuk. Me apa lagi. Amik barang. Keluar dari keta terus je ke cafe. Tapi sebelum keluar tu siap-siap call en.abg. 

Adoi. Laju giler kut me jalan tadi. Hehehe. Bukan apa. Takut benda-benda tak diingini jadi je. Dahlah tempat tu gelap. Orang pun takde lagi lalu lalang. Nak terus stay dalam keta tu mungkin tak. Sebab tu me pilih untuk cari tempat lagi terang. Huhu. 

Sekarang ni jenayah ada kat mana-mana. Tak pilih tempat pun. 

Monday, February 10, 2014

Hadiah GiveAway Rindu Awak 200%

4:42 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari tu me ada join simple Giveaway Novel Rindu Awak 200% anjuran abg Eqbalzack. Besar sangat harapan nak dapat novel. Hehehe. Very simple. Just emelkan nama, alamat and short speech ke emel abg Eqbal. Tak perlu buat entry bagai semua tu. Hehe. 

Tapi tak dapat novel pun. Me dapat hadiah saguhati je. Nak tau hadiah apa?


Hah.. Special from Korea katanya. Fridge magnet korean girl wearing hanbok. Comelsss tau. Iolls suka sangat. 

Haaaaa.. Ko jangan kata kena kanser ke apa ke if guna fridge magnet ni ye. Huhu.

Hadiah ni dah sampai lama sebenarnya. Tapi asyik lupa je nak up. Hehe. Sebab tu tak keluarkan dari handbag. Hehehe. Senang nak nampak. 

Tq so much abg Eqbalzack. Next time buat iolls join lagi. :)

Nuffnang Tak Bagi Iklan Dah

2:04 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurm...Nuffnang dah takmo bagi iklan dah ngan me. Uhuk. Mesti sebab me update suam-suam kuku je kut. Sedih tau. Last me dapat 23 Dec 2013. Dah metered dah pun. Tahun ni langsung tak merasa lagi. 

Kena usaha lebih lagi la pas ni. Update survey pun dah few times sejak Januari. :(

Selama me berblog adalah few times iklan sangkut kat blog. Even jumlah yang me dapat tak semeriah korang semua tapi me tetap bersyukur. Dari takde langsungkan. Tak pernah cashout lagipun. Maybe akan cashout dalam masa terdekat. Tengok keadaan dulu. Heee~

Apapun still hope akan ada iklan yang sudi singgah lagi tahun ni. :)


Sunday, February 9, 2014

Saturday, February 8, 2014

Princesses Beradu Sudah

11:37 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Heeeee...sabtu yang boring tapi meriah oleh gelagat anak-anak. 

Aisya dari pagi tengahari tadi tak tido. Petang main taman pulak. Balik umah mandi pastu makan. Main-main jap pastu ajak masuk bilik nak tido. Yes! Aisya skang ni if ngantuk dia akan ajak masuk bilik. Penah sekali tu me tengah khusyuk tengok tv dia tarik ajak masuk bilik. 'Tido..' Haaaa. Dah pandai sudah. Alhamdulillah.sebab tu me tak pernah dah nak 'paksa' dia masuk bilik. 

Aeera pula bangun jam 5 tadi pastu bawa dia jalan kat taman jap. Dia pun suka jep dapat keluar umah. Terpusing-pusing kepala dia tengok sekeliing. Hehe. Balik umah susukan dia pastu baru mandi sebab dia dah melalak. Pas mandi still nak ajak main. Borak-borak. Sembur-sembur liur. Tak lama pastu nyusu lagi. Bising-bising jap pas tu senyap. Tengok-tengok dah tido. 

Syukur sebab senang je nak tidokan dua beradik ni. Layan-layan mata pastu tido. Me memang tak ajar tido buai dari dulu. Cuma Aeera masa tengah pantang ari tu ada juga la tido dlm buai jap tapi tak sampai dia addict ngan buai. :) 

Good nite puteri-puteri umi. Umi jap lagi pun nak tido dah. 



















Pening kepala dari semalam tak hilang lagi. @_@

Friday, February 7, 2014

Ragam Aisya Sekarang

8:58 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rindunya kat budak buchuk sorang ni. Hehehe. Banyak sangat dah ragam dia sekarang ni. 

Pandai sangat merajuk. Kalau dia merajuk mesti en.abg kata macam me merajuk. Hahaha. Yeker? Teeeeeet! Aisya kalau merajuk memang susah nak pujuk. Tu ayah dia yang kata. Me? Senang je. Me dukung dia and bawa dia main. 'Gigit supergirl..gigit perut supergirl...' Hahahaha. Geletek dia sikit. Pastu mesti dia gelak even still tolak-tolak kita kononnya taknak main. Supergirl? Taktau kenapa dia gelak bila me panggil dia macam tu. Hahaha.




Pandai berlakon. Terror sangat tau. Bila kita kacau dia masa dia tengah takde mood mula lah nak mengaduh. Pegang sikit pun sakit. Hahaha. Geram tengok dia mengaduh pas tu peluk dia. 'Miiii...sakit..' Amboi. Hahaha. Peluk pun sakit tu. Tapi macam biasalah. Lagi me suka nak kacau. :p

Suka sangat buat muka comel. Kita nak kata taknak pun rasa tak sampai hati. Huhuhu. Bila dia pujuk-pujuk nakkan something rasa macam nak gigit pun ada. Alahai anak. Kenapa kau comel sangat. Subhanallah. :)

Dia suka buat umi dia ni gelak...

Aisya : ami... 
Me : ye nak..
Aisya : ami...
Me : ye nak..
Aisya : ami...
Me : ye nak.. Nak apa? 
Aisya : tiada...

Bila dia cakap tiada tu terus me gelak sambil peluk dia. Suka tau main macam tu. 

Tapikan asal dia sebut ami ye? Ke sebab sebutannya tak lancar lagi? 

Dia pun pandai pujuk adik dia if Aeera nangis. Dia datang kat adik dia pastu tepuk-tepuk paha Aeera sambil sebut 'adik..adik..shhhhh...' Haaaa. Kakak mithali tu. Bagus betul. Dah boleh tolong umi jaga adik. Aeera pun suka bila Aisya acah-acah dia ajak main. Gelak besar Aeera. Hehe. Suka tengok dua beradik tu. Semoga Aisya akan sentiasa jaga Aeera sampai lah diorang besar. InsyaALLAH. Sayang anak-anak umi.

Hurm...banyak lagi sebenarnya but later me update lagi tau. Ada keja sikit nak buat. :)


















Pagi tadikan, me nampak burung hantu tengah bertenggek kat jambatan (eh, jambatan ke?) dekat umah. Besar. 1st time tengok burung hantu live tau. Hahahahaha. 






Thursday, February 6, 2014

Nora Danish Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini

12:23 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pelakon kecil molek yang juga salah satu juri Maharajalawak Mega khabarnya bakal berkahwin dengan Nedim Nazri hujung tahun ni. Malah persiapan untuk majlis tu telah pun bermula sedikit demi sedikit. 

Alhamdulillah. 


Mari kita sama-sama doakan pasangan ini berkekalan jodoh mereka.



Wednesday, February 5, 2014

Aeera Suka Tau Main Pacifier Dia

10:12 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Aeera sekarang ni suka sangat main cabut-cabut pacifier dia ni tau. If mood dia tengah ok memang dia akan main sambil bubbling but bila mood tak ok, haaaaaa kemain dia jerit. Hahaha. Dia nak masukkan semula dalam mulut but tak dapat. Tu yang dia marah tu. pastu nangis kuat-kuat. Bila me sumbat dalam mulut dia diam jap pastu cabut then jerit lagi. Suka tau buat umi tak boleh buat keja. 

Dia nak ajak main sebenarnya ni. Selalunya time workdays, pas sampai umah tu main ngan Aisya n Aeera dulu before buat keje umah lain. Hehehe. 

Tapi weekend memang owez main dengan diorang. Tapi selalunya me yang letih dulu. Ahahahaha. Apa taknya, bila main ngan Aisya mulalah Aeera jerit. Bila main ngan Aeera pulak sibuk Aisya panggil umi..umi.. Bila tak layan, mula lah dia dengan sesi panjat memanjat. Pening jap. Hehehehe. Tapi rasa best sangat bila dapat habiskan masa dengan anak-anak. 

Syukur alhamdulillah. Terima kasih ALLAH kerana bagi me peluang untuk rasa kebahagiaan ni. 

Tuesday, February 4, 2014

Wan Sakinah dan Baby Bump

10:35 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bahagia kan mereka ni. Huhu. Dah besar baby bump Sakinah isteri kedua Ashraf Muslim. Tak lama lagi dah boleh pegang baby. Alhamdulillah.

wan sakinah hamil
Pic : kredit Beautifulnara

Tapi bagi me lah kan, pic begini pasti akan mengundang kesedihan pihak satu lagi. Hurm,, korang pasti tau kan siapa yang me maksudkan. Huhu. Siapa tak terasa. 

Apapun, me doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.