Wednesday, December 31, 2014
Tuesday, December 30, 2014
Tragedi 2014
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...
Terima kasih atas kasih sayangMU...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Friday, December 26, 2014
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Kalau lah ditakdirkan dapat boss macam ni me akan resign dulu sebelum diberhentikan. Agaknya dulu dia penah operate buang hati n perut. Geram betul!
Tak kena batang hidung bolehlah cakap. Bukannya orang tu suka suki tak datang kerja. Bencana alam kot. Grrrrrr..
Ok. Sorry teremosi. Sms ni betul atau tak seorang boss tak patut buat macam ni. Kerja sampai bila-bila pun takkan habis.
#prayforpantaitimur
Semoga Allah permudahkan segala urusan pihak yang ingin menghulurkan bantuan.
Tuesday, December 23, 2014
Saturday, December 20, 2014
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Macam yang kita tau,, terlalu banyak produk pelangsingan badan yang ada di pasaran sekarang. Ada yang murah ada yang mahal. Ada yang ada kelulusan dan ada yang tiada kelulusan.
Ramai yang tau risiko pengambilan produk pelangsingan ni but still ramai yang guna tanpa was-was.
Hurm.. sama-sama kita beringat.
Monday, December 15, 2014
Pendek Itu Comel
Sunday, December 14, 2014
"Cepat!!!"
"Lariiii..."
"Dobot makan.. eeeeee.."
Saturday, December 13, 2014
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Semalam try publish entry thru blogaway guna wifi connection. Bengang bila 10 juta kali post tapi tak satu pun yang berjaya. Haaaaaaa. Pastu entry jadi basi selepas 2 jam.
Kebetulan data dah habis so terpaksa guna wifi. Kata wifi **if* ni terbaik. Tapiiiiiiiiiiiiiii,,,,, sambung sendiri. Huhu.
Friday, December 12, 2014
Sebelum balik Sabah hari tu me ada beli 1 powerbank pineng. 10000 mAh dengan harga RM39.00.
Taktau arr ori ke tak. Haaaaaa. Main amik je kan. Beli kat Koperasi Kedai Buku UiTM. Depan ofis je pun.
Yang 15000 mAh dia jual RM79.00 rasanya.
Alhamdulillah. Powerbank ni memang sangat berguna. Lebih-lebih lagi bila nak travel pegi mana-mana. Contoh masa kat airport hari tu. Nak cari plug untuk charge hp memang tak la. Huhu. So, dengan adanya powerbank yang tak seberapa ni memang sangat membantu.
Sebelum ni selalu fikir tak perlu ada powerbank pun boleh bertahan but nampaknya fikiran tu tak boleh dipakai dah. Hehe. Bagi orang lain mungkin boleh tapi bagi me tak.
Next week nak buat GA sempena akhir tahun. Agak-agak ada yang nak join tak? Heeeeee...
Wednesday, December 10, 2014
Tuesday, December 9, 2014
S.M.I.L.E
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Selamat pagi dunia. Still batuk and demam hari ni. Haaaaaaa.
Perubahan cuaca masa balik Sabah hari tu. Semenanjung panas yang amat sampai Ranau sejuk yang amat. Huhu.
Kesian kat Aisya N Aeera. Depa pun batuk & demam & selsema. Risau lebih sikit kat Aeera sebab batuk agak kuat.
Semalam after landed terus rush ambil kereta then ke klinik. En.abg kena neb. Aeera tak sebab batuk takde kahak. Dr kata paru-paru still ok. So dia bagi ubat jak.
Ujian ALLAH. Bersangka baik. :D
Friday, December 5, 2014
Nak share resepi ringkas sup meatball. Ringkas tapi sedap.
Bahan :
Meatball
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
Air
Garam
Kiub pati ayam
Daun bawang dan bawang goreng
Cara masak :
1. Tumiskan bawang merah yang dihiris halus sehingga naik bau.
2. Masukkan air mengikut kuantiti yang diinginkan (me suka sup so air memang banyak.. heeee)
3. Setelah air mendidih, masukkan halia dan meatball.
4. Untuk lebih rasa, masukkan kiub pati ayam.
Biarkan sehingga meatball lembut. Tambah daun sup dan bawang goreng untuk dihidangkan.
Enak dihidang panas-panas. Makan dengan nasi pun boleh, nak masukkan bihun pun boleh.
Me lebih suka makan dengan nasi. Aisya & Aeera pun suka.
Tuesday, December 2, 2014
Belum pilih pintu? Pilih di Pilih Pintu Anda!
sukakan kebebasan.
Anda memerlukan ruang dan masa
untuk melakukan sesuatu perkara
mengikut adunan tersendiri.
Anda adalah jenis yang suka
berdikari dan suka melawan tetapi
bagi anda pergaduhan bukanlah
sesuatu yang bijak
Anda sukar untuk menerima
seseorang atau sesuatu yang baru.
Tekanan adalah perkara yang anda
benci kerana anda suka menikmati
kehidupan.
Anda jenis yang suka bergerak
secara bersendirian.
Suka memerhati, berfikir dan
menyelesaikan perkara yang
bermain di benak fikiran anda.
Anda seorang unik dan mempunyai
perspektif yang mendalam dalam
sesuatu perkara.
Anda melihat dunia dalam cara yang
unik, dan orang sekeliling anda
boleh bermanfaat darinya.
Anda seorang 'loner' tetapi anda
boleh menjadi rapat dengan
seseorang tetapi ia akan mengambil
sedikit masa.
Hidup anda penuh dengan keceriaan
kerana anda adalah seorang yang
ceria.
Anda suka berinteraksi dan orang
sekitar anda senang untuk
berinteraksi dengan anda.
Anda suka memulakan perbualan,
dan bertanya banyak soalan.
Sifat ingin tahu anda yang tinggi
menyebabkan anda belajar lebih
dari orang lain.
Anda seorang yang cerdik dan
dalam masa yang sama lucu.
Anda akan berfikir lebih bagi
memastikan orang sekeliling anda
dipenuhi dengan gelak ketawa.
Anda akan menjalani kehidupan
yang menarik dan juga mencabar!
Anda selalu melihat kehadapan di
dalam hidup
Biasanya, apabila tiba masa untuk
membuat keputusan, anda akan
membuat keputusan tanpa berfikir
panjang, tapi biasanya semua
keputusan yang anda buat adalah
sentiasa menjadi!
Peraturan adalah perkara yang
kurang disenangi oleh anda dan
dalam masa yang sama anda adalah
seorang yang 'careless'.
Anda seorang yang spontan dan
juga suka mencari keseronokan.
Kedamaian dan keamanan antara
perkara yang dipentingkan oleh
anda.
Selain itu, anda juga seseorang
yang 'low-maintainance'
Anda tidak suka diganggu/
dihalang.
Apabila tiba masa untuk membuat
keputusan, anda akan mengambil
keputusan yang paling mudah
sekiranya boleh.
Anda tidak suka membenankan diri
anda.
Orang disekeliling anda akan merasa
sokongan yang anda berikan kerana
anda seorang yang 'supportive'.
Anda terkenal sebagai seorang yang
konsisten dan juga seorang yang
melihat sesuatu secara menyeluruh.
Anda sukakan keadaan yang sunyi
dan tenang.
Anda boleh menghabiskan masa
secara berseorangan tanpa merasa
sunyi.
Anda ingin mengerti kesemua aspek
yang timbul di dalam kehidupan
anda.
Setiap perkara yang anda lakukan
mempunyai sebab dan anda sudah
berfikir dahulu sebelum membuat
sesuatu perkara.
Kawasan yang dipenuhi orang ramai
akan dielakkan oleh anda tetapi
bukan bermakna anda tidak sosial.
Anda mementingkan perhubungan
yang sejati dan suka berinteraksi
secara berdua-duaan.

sumber : babyland.my |
sumber : babyland.my |