Saturday, February 28, 2015

Kebaikan Mineral Coffee Untuk Kesihatan

6:23 PM 10 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kali ni nak berkongsi cerita antara me dengan mineral coffee.

Me bukanlah penggemar kopi. Dalam setahun boleh dikira dengan jari berapa kali me minum kopi. But sejak kenal mineral coffee ni, sehari pun tak tinggal. No more teh susu. Hehe.

Sebelum ni me kerap sangat sakit kepala. Boleh tanya dengan en.abg. kat rumah memang kerap ngadu pening. Dengan kawan-kawan opis pun selalu mengadu sakit kepala. Sampai satu tahap ada yang suspek me pregnant. Hahahaha. Yelah. Sebab selalu sangat sakit & pening kepala katanyaaaaa.

Tapi sejak amalkan mineral coffee ni, langsung takda dah sakit kepala tu. Alhamdulillah. Syukur sangat. Now takde dah ngadu sakit kepala ngan kawan opis. Hehehe.

Mineral coffee ni taklah sesedap nescafe tu. Untuk kesihatan kan. Tapi boleh diterima tekak arr. Tak manis but rasa lemak tu buat mineral coffee ni jadi unik sikit. Hehe.





Nak share sikit antara khasiat minum mineral coffee ...

*memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari

*menghilangkan rasa keletihan badan dan sengal sendi

*mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik

*membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain

*membantu mengurangkan sakit senggugut

*membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat badan dan ekzema

*mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit

*membantu mengurangkan masalah sukar tidur

*membantu anda tidur lena diwaktu malam

*mengurangkan masalah buasir dan sembelit

*khasiat garam buluh untuk membantu merawat penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dsb

Cara pembuatan Garam Buluh adalah 100% organik dan bebas daripada sebarang bahan kimia dan logam berbahaya. Kini Garam Buluh diadun bersama menghasilkan Mineral Coffee yang penuh kenikmatan dan kemewahan kopi sebenar.

If korang nak try,, boleh whatsapp or pm me yaaa.. dah jadi agen mineral coffee pas try sekali.. berbaloi-baloi. Hehehe.

mOoN : 019-582 9302




posted from Bloggeroid

Monday, February 23, 2015

Off To Jasin, Melaka

9:15 AM 10 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Happy monday!

Skang ni dah dalam bas. Dalam perjalanan ke Jasin, Melaka. Kursus Intensif KIK. InsyaALLAH, pergi dengan niat menimba ilmu. Semoga bermanfaat utk pembangunan diri di masa depan. Amin.





Dah start rindukan Aisya dan Aeera. Huhu. Tak pernah jauh dengan anak-anak lagi. Anak-anak pun tak pernah tinggal bertiga ngan ayah dia. Tak dapat nak imagine. Hehe. Apapun, ni untuk pengalaman en.abg gak. Berharga ni. Hehe.

Hope Aisya and Aeera behave duduk ngan ayah. Tak bagi ayah pening kepala.

Bertabahlah untuk 3 malam ye abg. Hehe.

Doakan perjalanan pergi dan balik kami dipermudahkan. InsyaALLAH.








p/s : sebenarnya me is takut naik bas besar ni.. tolongggg!!

posted from Bloggeroid

Sunday, February 22, 2015

R.I.N.D.U

3:09 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Salam ahad semua. Huuuu. Panasnya hari. Kena minum banyak air masak. Aisya dan Aeera pun dah 2 kali tukar baju. Huhu.


Hurm.. agak lama tak update. Just nak share something tentang hari ni.


Tadi whatsapp dengan kawan. Satu soalan yang buat me rasa sebak sangat is 'tak rindu ka family di Sabah?' Soalan tu buat airmata me mengalir tanpa mampu ditahan. Me hanya mampu balas 'kalau lah ko rasa apa yang sy rasa..'


Soalan tu diajukan pada masa yang kurang tepat.


Kalau ada kemampuan memang me nak balik kampung tiap-tiap bulan. Jumpa mama, bapa, adik2 dan semua keluarga di sana. Tapi apa daya me. Banyak keterbatasan yang menghalang. Jangan tanya berapa kerap me survey online flight tiket dalam seminggu.


Allahuakbar! Betapa me rindu. Sangat-sangat rindu. Hanya doa dari kejauhan mampu me kirimkan buat mereka.


ALLAH jaga mereka. Pelihara mereka. Semoga mereka sentiasa bahagia di bawah lindungan kasih-MU. Amin.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 12, 2015

Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

2:11 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : astro awani
Al-fatihah.

Terkejut dengan berita ni. Datuk Hasbullah Awang adalah salah seorang pengulas sukan yang menjadi favorite me. Dari dulu sampailah sekarang. 

Apapun, semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarham.






Tuesday, February 10, 2015

275, 820 Pounds Sterling?!

9:18 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Pagi yang cerah. Nikmat ALLAH yang dihadiahkan pada semua hamba-NYA.

Pagi-pagi buka email rasmi dah dapat berita gembira. Haaaaaaaa. Tengah-tengah takde duit ni kannn. Bila dapat email macam ni confirm lompat bintang 10 kali. Hahaha. 



Haishhh. Macamana boleh terlepas masuk dalam email rasmi pulak spam ni. 

Powerball? Apa la pulak powerball tu kannn. 

Dah banyak spam mail macam ni masuk. Tapi ignore lah kan. Melayan karang lain pula jadinya. So, dari terjebak dalam benda-benda tak berfaedah ni,, moh ler kita delete spam mail macam ni. 





Thursday, February 5, 2015

Dengarlah Rindu

4:46 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dengarlah Rindu – Nurfahan Azizan

Tak usah ditanya dari mana datang cinta,  
hadirnya tidak pernah terpaksa , 
dirimu itulah mana cinta ku berada , 
akan jadi milikmu selamanya , 

sayang engkau dengarlah rinduku , 
yang selalu dekat untukmu , 
cintaku tercipta pada dirimu saja , 
tak akan berubah percayalah , 

mereka kan tahu kisah ini akhirnya , 
tentang  cinta kita berdua , 
bersama menempuh semua dugaannya , 
ku akan disisimu selamanya ,



Serius in love dengan cerita ni. Sweet gitu. Syukri Yahya sesuai bawa watak ni. Nakal gitu. Dayana Roza pilihan yang tepat untuk watak Ainin Sofiya. Hahaha. Dua-dua comel yang amat!


Tak sabar tunggu Sabtu dan Ahad. Kenapa dia tak buat cerita ni Isnin – Khamis. Ganti ngan Istikharah Cinta tuuuu. #Eh

Monday, February 2, 2015

Gigit Kasut Baru?

3:54 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

sumber : google image
Gigit kasut baru? | Selama ni beli kasut kadang melecet kat belakang kaki. Pedih. Huhu. Azab jugalah pakai kasut dalam seminggu tu. Sebab tu dulu me tak suka beli kasut jenis sarung dan tutup kaki. Kadang dah beli kasut yang muat-muat kat kaki pun sama jugak.

Pastu bila mengadu ngan kawan seopis, dia Tanya “gigit dulu tak kasut tu sebelum pakai?” Iolss ni tak pernah dengar benda-benda macam tu. Gigit kasut? What? Kotor kot. Eh.. kasut baru pun kotor ke? Ehem.. kita tak tau,, manalah tau sebelum tu dah ada yang try test kasut tu kan.

Contoh macam me kan,, kasut display tu size 6 so nak try size 5. Salesgirl ambilkan. Pastu dah try tak jadi pulak beli. Mesti salesgirl tu simpan semula dalam kotak kan. Hurm…

Part mana kotornya? Part dia pakai dan bawa ala model ek hulu ke hilir pastu tak jadi beli. Haaaaaaa. Ok2.. Melalut dah ni.

And sorang kawan pulak pernah bodohkan me sebab percayakan benda macam tu. Me bukan percaya tapi me bertanya je masa tu. Serius selama ni tak pernah tahu pun perlu nak gigit kasut yang baru beli tu supaya kasut tu tak ‘gigit’ kaki kita. Hurm…

Secara logiknya me rasa kaki melecet tu sebab kita salah beli saiz atau boleh dielakkan dengan memakai stoking. Sangat berkesan. Hehe. Satu lagi cara supaya tak melecet, gunalah shoe grip. Ada je jual kat Guardian atau Watsons. Hurm… kat kedai kasut pun ada rasanya.

shoe grip pads
sumber : google image
Sekarang ni me pakai kasut yang jenis tutup tu pegi kerja. And dari mula beli hinggalah sekarang me amalkan pakai stoking je. Tak pernah melecet dah. Alhamdulillah. Nak gigit kasut? Memang tak kot. Hehehe.



Korang ada yang amalkan ke gigit kasut baru ni?