Thursday, May 25, 2017

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017

5:24 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

InsyaAllah dalam masa 2 hari lagi seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan. Antara kewajipan kita ketika bulan Ramadhan adalah mengeluarkan zakat. 

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2017
Siapa Yang Wajib Mengeluarkan Zakat?
  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib zakat fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

sumber : google image
Jadi sama-sama la kita yang mampu untuk menunaikan kewajiban fardhu ain ni ye. Jangan buat-buat lupa pulak. Tau nak happy-happy je. Masih ada yang menanti untuk sama-sama bergembira di hari raya nanti.


Friday, May 19, 2017

Harap Tiada Kali Ketiga Untuk Kes Macam Ni

11:00 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Banyak cabaran jadi blogger ni. Eh, blogger ke u? Hehe.

Sumber : google image
Antara cabarannya ialah bila kau dah siap draft entry kerja dan kena post lagi dalam masa setengah jam tetiba ko dengan yakinnya tekan itu ini dan terdelete lahh entry draft tu. 

Sakitnya tuh di sini! 

Dan kebetulan masa tu kau pulak tengah berkursus. Lagi haru. Bila masa ko nak siapkan entry?

Memang rasa nak nangis je masa kursus tu. Sedih tau. Kau dah beriya siapkan entry tetiba woooshhhh hilang macam tu je akibat kecuaian sendiri.

Nasib baik PR bagi masa untuk me karang semula entry. Tapi masa yang ada tu memang sangat singkat bagi me. Jam 1pm penceramah tak settle lagi. Me dah mula panas punggung. Rasa kalau boleh nak lari je dari kursus hari tu. 

Finally sempat jugak me siapkan semua ni semula dalam masa kurang sejam. Apa yang me merepek dalam entry ni pun me tak tau. 

Still tak puas hati sebenarnya bila baca semula entry tu tapi tak pe lah. Peringatan buat diri sendiri. Ini kali kedua dan hopefully takde kali ketiga. Jenuh wooo.

Wednesday, May 17, 2017

Homestay Di Sekitar Kg. Lohan, Ranau Sabah

1:58 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi mereka yang ingin ke Sabah, di sini me share lagi beberapa homestay di sekitar Kg. Lohan, Ranau. Tetiba terasa rindunya Ranau.


1. AMY HOMESTAY

      🏠 Roomstay (2 bilik) RM60 per nite
      🏠 2 bilik (1 buah) RM150-RM180
      🏠 3 bilik (1 buah) RM250-RM280

     📱Pn. Wirdayatie ~ 014-5622769
     📱En. Hazrie ~ 013-8660939

2. MAYA HOMESTAY

     🏠 2 bilik RM180-200
     🏠 3 bilik RM250-280
     🏠 Fasiliti - WIFI, BBQ

    📱Pn. Laila ~ 0143522667

      WALAI D'ALLYA

     🏠 1 bilik (1 shj)  RM80
     🏠 2 bilik (2 buah)  RM180-200
     🏠 3 bilik (2 buah) RM250-280
     🏠 4 bilik (1 buah) RM350-380
     🏠 5 bilik (1 buah) RM450
     🏠 Fasiliti - WIFI, BBQ

    📱Pn. Ridiah ~ 0138504123 
    📱Nad ~ 01131481714

3. LOHAN REST HOUSE

      🏠 25 bilik
      🏠 2 asrama
      🏠 Tempat BBQ dan dewan
      🏠 Ada wifi

      📞 Pn. Norhayati Husin ~ 088-879533

4. DAMAI ECO RANCH

     🏡 12 Bilik (Family Room |  Standard Room) - Aircond
      🏠 6 Bilik Asrama - Aircond
      🏕 Kawasan Perkhemahan
      Fasiliti Lain :
       ~ Aktiviti ~
      🏊 Swimming Pool
      🏹 Archery
      🎣 Memancing
      🚣‍♀ Boating
      🎤 Karaoke
      🔫 Paintball
      🚵🏼 Bicycle & Hiking Track
      🎢 Flying Fox

~ Lain-Lain ~
      📍  Wifi
       📡 Astro
       🍴 Restoran
       🕌 Surau
       🏠 Dewan Mini
       ♦ Khidmat Team Building

     👉🏼 Damai Eco Ranch, Kg Lohan 1
      📞 088 877902/3

5. LOHAN POINT LODGE

     🏠 4 bilik - RM80 sebuah
     🏠 2 bilik - RM120 sebuah
     📱 0178181017 atau 0198588608

6. LOHAN HOMESTAY

     👉🏼 Jln Harun Bandal kg.Lohan 1
     🏠    homestay ( 3 bilik ) - rm250
     🏚    5 bilik       ( 1 buah ) - rm 70 - rm150

📞 en.jupirin - 012-6812144 (wssap)
     uncle joe.  - 013-5444357 (wssap)
                       - 014-8719474 (wssap)

7.  J HOMESTAY

   👉🏽 Kampung Lohan Skim 1 Ranau
   🏚  6 buah bilik...RM45 - RM65

  📞 En. Jailey bin Paidi 
       Whatsapp
       019-534 3412

8. YUNA BAMBOO REST & STAY

     👉🏼 Kg. Lohan Ulu
     🏠 Room 9 RM 250/night..
           {Dua bilik berasingan yg dlmnya queen bed, 1 tandas & ruang tamu kecil}
     🏠 Room 8 RM150/night
     🏠 Room 7 RM 150/night
           {Bilik 7 & 8 identical, ada adjoining door, each room ada 1 queen bed size &
            tandas with bathtub}
     🏠Room 6 RM 200/ night..
          {Ruang bilik luas, Ada dua queen bed ,1 tandas}

     📱Pn. Nasah ~ 0128316888
     📱En. Izaed ~ 0108753967
     📱Pn. Erfah ~ 0169968680

11. KAMELIA HOMESTAY

     👉🏼 Jalan Lohan-Poring berdepan dengan SMK Lohan.
     🏠 3 bilik (all queen bed) RM250 per nite
     🏠 Kemudahan :  Dapur, Astro, Water Heater

     📱Abang Mamanz ~ 0149903070
     📱Cik Ain ~ 0143579375

12. ZARA HOMESTAY

      👉🏽 Jalan SMKA Md. Ali

      📱Puan Jabiah - 012 8307621

13. ID SALU LEGEND HOMESTAY

👉🏼 Jalan Kg Lohan Skim 1 - simpang sebelum klinik kesihatan Lohan..

  🏠 3 Bilik (ALL QUEEN BED)
       RM150 > Per Nite

  🏠 Kemudahan : Dapur, Njoi, adet Bbq..

》12 minit ke kolam Air Panas Poring
》20 minit ke Tagal Luanti
》10 minit ke Pekan Ranau

📱En. Mohd Ayub Jamirin - 0138667047
📱Cik Nurul Idayu - 0138751345

Sumber di perolehi dari group Whatsapp SEMEKARIAH.

Me kongsikan untuk rujukan mereka yang ingin berkunjung ke Ranau, Sabah. Sebelum ni me pernah kongsikan Tempat Penginapan Menarik Sekitar Kundasang Sabah.

Tuesday, May 16, 2017

Selesa Shopping Di Shopee

1:52 PM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Beli belah atas talian (online shopping) dah jadi trend sekarang ni. Memang sangat mudah dan menjimatkan masa bagi mereka-mereka yang tiada masa untuk keluar (macam me la tuuu) . Pilih, bayar dan tunggu parcel sampai depan rumah. Bestkan. 

Ada satu apps yang me akan uninstall di tengah bulan pastu install semula di hujung bulan. Hahahaha, Memang berhantu apps ni wei. Memula me terjebak masa beli breastpump murah last year. Memang murah sangat masa tu. Harga termasuk postage below RM60. Korang rasa? Hahaha. Habis semua kawan-kawan me jebakkan dengan apps tu.

Apps apa? Shopee la. 

sumber : google image
Mengenai Shopee

Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membeli-belah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara

Kenapa pilih Shopee?
Sebagai pengguna kita kena bijak dan rajin bandingkan harga barang sebelum membeli. Tak perlu keluar pun kalau nak bandingkan. Dengan teknologi sekarang semua di hujung jari je kan.
Pilih Shopee sebab :-
  • Murah sangat jika dibandingkan dengan online shop yang lain. 
  • Teruja nak beli sambil kumpul Shopee coin. Next time boleh tebus kalau nak beli barang lain. RM1 sama dengan 100 point. 
  • Kemudahan untuk chat dengan penjual. Boleh direct chat kalau nak confirmkan stok.
Pengalaman bersama Shopee

Banyak beli breastpump sebab belikan untuk kawan-kawan. Boleh kumpul Shopee coin sekali. Hehe.

 Cahaya Raya Bersama Shopee

Promosi Cahaya Raya Bersama Shopee dah mula semalam wei korang. Potongan sehingga 90% tu. Rambang mata me tengok segala macam barang yang ada. Promosi hingga 30 Jun 2017 je korang.

Sepanjang 45 hari promosi tu ada macam-macam giveaway yang korang boleh join. Boleh klik → Cahaya Raya Bersama Shopee untuk maklumat lanjut cara nak join giveaway.

Iolss dah shopping langsir raya. Korang bila lagi nak start shopping raya? Bagi yang belum install apps Shopee tu silalah install sebelum korang menyesal. Malam-malam tak boleh tidur boleh belek barang murah sambil baring-baring.

Jangan risau bagi yang tak familiar dengan online shopping, apps Shopee ni sangat user friendly. Confirm korang takkan lost.

Website: https://shopee.com.my/
Facebook: ShopeeMY
Instagram: @Shopee_MY


Tuesday, May 2, 2017

Please Be Good

3:31 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kekuatan datangnya dari SEMANGAT
Semangat pula datangnya dari KEREDHAAN
Keredhaan melahirkan KETABAHAN dan KEPASRAHAN
Bila wujudnya ketabahan dan kepasrahan,
itu tandanya kita YAKIN kepada ALLAH.

sumber : google image