Wednesday, May 23, 2018

Along Dah Pandai Rindu Tapi Rindunya Pada Yang Sudah Tiada

Assalamualaikum Malaysia

Beberapa hari lepas, masa tengah berbuka terjadi perbualan antara Me, En.Abg dan Along.

πŸ‘§ : Bila kita nak pegi rumah yang ada Ayyan tu?
πŸ‘© : Nanti raya kita balik kampung ye. 
πŸ‘§ : Tapi tokyang dah takde. Along rindu tokyang.

Sebak! 

πŸ‘§ : Kenapa tokyang meningggal umi?
πŸ‘¨ : Tokyang sakit tua.
πŸ‘§ : Owh.. bukan sebab kaki dia patah ke? Kan dia pakai tongkat..
πŸ‘¨ : Bukan. 

Dia sambung makan 2, 3 suap pastu dia tanya lagi..

πŸ‘§ : Habis tu along nak jumpa siapa nanti? 

Muka dia dah nak nangis. Bibir pun muncung ke depan. Umi? Lagi sebak. Huhu. Tahan je airmata dari mengalir.

πŸ‘¨ : Nanti kita jumpa nekyang ea. Kenapa mulut along macam tu?
πŸ‘§ : Sebab along sedih. 

Huwaaaa... Nak meraung rasa bila dengar along cakap macam tu. Dia baru 6 tahun tapi dah pandai rindu. 

Masih teringat-ingat masa adik bagitau atok dah takda. Rasa tak percaya tpi dalam masa sama airmata mencurah-curah. Allah!

Rindu ni hanya Allah yang tau. Betullah orang kata, rindu yang paling sarat adalah rindu pada mereka yang dah tiada. 😒😒


1 comment: