![]() |
Sumber : Google Image |
Penat menangis..
Penat merasa sakit..
Penat menahan perit..
Penat untuk cuba menidakkan kenyataan..
Dugaan ini berat sekali..
Terasa longlai hendak melangkah..
Terasa berat bahu menahan beban..
Namun siapa kita mahu menidakkan,
Bahawa dugaan ini tanda Allah rindu..
Rindu mendengar kita berdoa..
Rindu mendengar kita merintih..
Rindu mendengar kita merayu..
Memohon belas dari-NYA..
Mungkin Dia melihat kita semakin alpa..
Mungkin Dia melihat kita semakin lalai..
Mungkin Dia melihat kita semakin jauh dari-Nya
Allahuakbar!
Lapang hati setelah mengadu pada-Mu..
Merungkai segala keresahan di jiwa..
Terasa ringan kaki untuk terus melangkah..
Alhamdulillah..
Terima kasih Allah..
Kerana tidak pernah lupa pada kami yang kerdil ini..
Kerana mengingatkan bahawa Engkau sentiasa sedia untuk mendengar rintihan hamba-Mu
Mengajar hati untuk redha dengan segala ketentuan yang Engkau takdirkan..
Semoga masih ada sinar untuk kami mengecap bahagia di masa depan..
Semoga dipermudahkan ye. Berat mata memandang berat lagi mata membacanya.
ReplyDeleteInshaaAllah .. Allah always ada
ReplyDeleteSentiasa mengingati Allah Yang Maha Esa.
ReplyDeleteTerasa kerdil diri ini..
ReplyDelete