Friday, January 25, 2019

Make up Harian lebih Mudah dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

9:00 PM 5 Comments
Make up Harian lebih Mudah dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature | Bulan Januari 2019 adalah bulan yang betul-betul mencabar buat me. Nak kena uruskan tiga orang anak masuk sekolah. Along masuk Tahun 1, Angah Pra-sekolah (ni tak risau sangat sebab last year pun dia dah mula kat situ) dan Addeena masuk sekolah tadika. 

Tiap-tiap pagi adalah satu perjuangan buat me. Haha. Memang haru biru jadinya. Sorang nak ni, sorang nak tu. Taknak ni, taknak tu. 

Dengan kita lagi terkejar-kejar nak bersiap pegi kerja. 

Memang tak sempat nak touch up bagai. Nasib baik ada Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Sebelum ni me dah pernah berkongsi pasal produk ni di Jatuh Cinta Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature
Ni me tunjukkan beza sebelum sapuan dengan selepas sapuan Gold Nano CC Cream. Nampak tak beza dia tu. Kalau nak jelas tengok part mata tu. Haaaaaa. Hilang lebam keliling mata terlindung dengan sapuan cc cream ni. Best tak best? 
Memang sangat membantu me. Tak sempat touch up muka kat rumah, sampai parking pejabat baru ambil kesempatan cover sikit muka yang pucat ni. Calit..calit.. sapu.. sapu tak sampai 5 minit dah siap. Best sangat. Tak perlu kelam kabut nak fikir mana berus foundation, mana compact powder. Dengan satu sapuan Gold Nano CC Cream dah cukup membuatkan korang tampil yakin masuk pejabat. 
Hampir sebulan gunakan produk ni memang puas hati sangat. Kulit Alhamdulillah serasi. Tak berminyak. Tak melekit. Liang pori tak tersumbat. Takde juga tanda jerawat nat datang bertandang. Hehe. Paling penting bagi me ada perlindungan SPF 30 PA++ tu. Kalau korang tanya adakah me akan beli untuk kali kedua, jawapan me definitely YES! 

Antara sebab me suka produk ni jugak, ia membantu mengurangkan beban barang kosmetik dalam beg tangan me. Hahaha. Kalau sebelum ni me usung berus mekap kemana-mana tapi kali ni takde pun. Guna jari je kan. 
Dan terbaru katanya Gold Nano CC Cream ni dah tukar packaging. Ni kita tunjuk packging baru. Haaaa. Menarik kan. Sebelum ni perlindungan SPF 30 PA++ je tapi yang baru ni dah tambah ke SPF 50+ PA ++. Isi kandungan pun bertambah dari 35ml ke 50ml. Terbaiklah Hansagee Nature. 
Nak kongsi lagi sekali kat mana korang boleh usha produk-produk Hansaegee Nature :- 

Sometimes I Just Become Speechless

10:30 AM 1 Comments

So many words to say but no way to say it.. Sometimes i just become speechless
😞😞😞

Don't ever judge me. You know my name, but not my story.
You can't handle half of what i've dealt with.
There's a reason i am who i am.

Don't judge the path i choose to take if you haven't walked the journey i had to make.
Don't judge me by my decision if you don't understand my reasons.

After all, you only see what i choose to show you. 

Tuesday, January 1, 2019

Pembuka Tahun 2019

2:18 PM 0 Comments
Semalam harijadi me. Hari ni harijadi anak dara Nur Addeena Syumaila pulak. Alhamdulillah.
Umur bertambah ni dia punya geliga otak pun bertambah. Makin petah bercakap. Ada je jawapan dia. Geram kadang.

Dah start sekolah tadika dah pun. Excited dia lain macam. Haha. Nak jumpa kawan-kawan baru.

Oleh sebab Addeena ni lahir 1 Januari, cikgu sekolah Angah kata dia kena masuk sekolah awal. Sebab tu nak kena readykan dia untuk belajar. Biasakan dia bergaul dengan kawan-kawan.

Nampak kecil je kan? Tapi alhamdulillah setakat ni dia memang suka pergi sekolah. Harapnya sampai bila-bila begitu ye nak.