Thursday, March 21, 2019

Perfumeberry.com.my Untuk Peminat Tegar Perfume

8:30 PM 2 Comments
Dah lama tak shopping perfume. Me ni memang peminat tegar perfume cuma tak segila dulu. Hahaha. 

Dulu masa bujang kalau boleh tiap-tiap bulan nak membeli. Dah la beli tu yang 50ml, 100ml. Kalau dah banyak-banyak tu bila agaknya nak habis? Baru terasa membazirnya me suatu ketika dulu. 

Still pengumpul perfume cuma sekarang ni kita kumpul yang mini perfume je. Comel pun comel botolnya. Dalam 4ml-5ml untuk botol mini ni. 


Beli kecil macam ni, boleh dapat banyak jenis. Hari-hari boleh tukar perfume. Hahaha. 


Haaaa.. senang masuk dalam beg. 

Kalau korang peminat perfume macam me, korang wajib singgah web perfumeberry.com.my ! Dijamin 100% authentic dan di import dari US. Murah pun murah.

Bukan perfume je, bodycare dan skincare pun ada. Korang yang tengah cari set wangian untuk hantaran pun ada dalam tu. 


Nak yang set bajet pun ada.
Memang rambang mata betul bila buka page ni. Keinginan nak beli semua tu membuak-buak. Tapi alhamdulillah masih mampu bertahan selepas tambah lagi dua koleksi iaitu Daisy Dream dan Lady Million Lucky. Hahaha. 

Tunggu la minggu depan pulak ye kita tambah koleksi. 

Korang boleh cari perfumeberry ni kat : 

Tuesday, March 5, 2019

Susahnya Nak Menagih Hutang 😩😩

10:47 AM 1 Comments
Assalamualaikum

Fuh..fuh.. Bila terbitkan isu pasal hutang ni semua orang yang terlibat dengannya mesti jadi panas. Tak kisah lah si penghutang atau si pemberi hutang. Masa nak meminjam tu memang lembut gigi dari lidah. 

Kita yang lembut hati tak tau nak menolak pun jadi serba salah sampai la akhirnya terpinjamkan jugak. Tak sampai sejam transfer tu boleh pulak block segala telefon, media sosial dan semua medium perhubungan. Haishhhh. Apa cerita ni!!

Janji-janji masa nak pinjam tu memang tak boleh pakai langsung!

Bila cuba call orang yang terdekat dengan dia masing-masing ambil jalan tak nak masuk campur. Katanya selesaikan sendiri. Bila minta nombor lain yang boleh di hubungi, di suruh cari sendiri. Adoi.. pening kepala mak. Kalau tau memang taklah bertanya. 

Jumlah tu bagi dia mungkin sikit tapi bagi kita yang tak berapa nak berduit banyak la jugak. Dah lagi memang tengah ada masalah nak pakai duit. Kalau me ni memang kilang cop duit memang halalkan je duit hutang tu. 

Entahlah. Jenuh nak fikir dah. 😩😩

Buntu sangat. Harap di bukakan pintu hati orang tu bayar balik hutang dalam masa terdekat ni.