Tuesday, March 5, 2019

Susahnya Nak Menagih Hutang 😩😩

Assalamualaikum

Fuh..fuh.. Bila terbitkan isu pasal hutang ni semua orang yang terlibat dengannya mesti jadi panas. Tak kisah lah si penghutang atau si pemberi hutang. Masa nak meminjam tu memang lembut gigi dari lidah. 

Kita yang lembut hati tak tau nak menolak pun jadi serba salah sampai la akhirnya terpinjamkan jugak. Tak sampai sejam transfer tu boleh pulak block segala telefon, media sosial dan semua medium perhubungan. Haishhhh. Apa cerita ni!!

Janji-janji masa nak pinjam tu memang tak boleh pakai langsung!

Bila cuba call orang yang terdekat dengan dia masing-masing ambil jalan tak nak masuk campur. Katanya selesaikan sendiri. Bila minta nombor lain yang boleh di hubungi, di suruh cari sendiri. Adoi.. pening kepala mak. Kalau tau memang taklah bertanya. 

Jumlah tu bagi dia mungkin sikit tapi bagi kita yang tak berapa nak berduit banyak la jugak. Dah lagi memang tengah ada masalah nak pakai duit. Kalau me ni memang kilang cop duit memang halalkan je duit hutang tu. 

Entahlah. Jenuh nak fikir dah. 😩😩

Buntu sangat. Harap di bukakan pintu hati orang tu bayar balik hutang dalam masa terdekat ni. 


2 comments:

  1. huhu, bab ni sampai satu tahap,IQ halalkn ajer, kalau hutang beribu2 memang sakit kepala pikir bila orang nak bayar balik.huhu

    ReplyDelete
  2. Saye do'akan yg berhutang cepat membayarkan.
    Baca: cara membuat blog dan cara monetisasi youtube

    ReplyDelete