Thursday, May 24, 2012

# Life # Pengalaman

Info : Pendarahan Di Akhir Kandungan









Petang semua. Ikut kiraan baby bump,, kandungan dah masuk 35w. Another 5w to go. Wah!! Tak sangkanya. Rasa cam cepat je masa berlalu. Sekarang ni memang agak risau bila duk sorang-sorang kat umah. Bukan apa,, risau bila jadi apa2. 

But, doakan me agar semuanya selamat sentiasa ea. Selalu pesan kat baby,, if nak kuar nanti,, kena tunggu ayah balik dulu. Ada juga peneman dan penguat semangat masa nak bersalin nanti. Tapi en.abg (xnak la sebut hubby dah.. hehe) cuti seminggu 4 hari sebelum edd me. Agak-agak sempat tak ea? Huhuhu. 

Apapun,, if baby tak dapat nak tunggu,, nak buat acane kan. Hurm,,

Kali ni me nak share 1 artikel dari Dr. Giena. Me suka baca artikel-artikel yang Dr. Giena kongsikan ni. Sangat-sangat berguna bagi ibu-ibu yang mengandung. Banyak yang me dapat dari perkongsian dengan beliau. Yang penting,, beliau sangatlah tidak lokek dengan ilmu yang beliau tau. :)


Pendarahan di akhir kandungan

Perdarahan di peringkat akhir kehamilan mulai tujuh bulan kandungan biasanya menandakan salah satu daripada tiga perkara.

1. Uri pada pintu rahim
2. Accidental haemorrhage
3. Incidental bleeding
1.Uri pada pintu rahim (placenta previa)

Uri yang pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, kadang-kala sampai boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.Dengan ujian ultrasound yangdilakukan ketika ibu melawat doktor pakar perbidanan, biasanya kedudukan uri dapat dikesan samaada di tempat biasa iaitu di bahagian atas rahim atau di bahagian luar biasa iaitu di pangkal rahim .

Langkah-langkah tertentu perlu diambil setelah dikesan kedudukan uri tersebut untuk mencegah berlakunya perdarahan yang banyak khususnya apabila kehamilan mencapai ke peringkat lapan bulan atau lebih.

Kedudukan uri dibawah 'placenta previa' merangkumi dua jenis, pertama ialah dimana uri menutupi pintu rahim sepenuhnya 'placenta previa major' dan keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak apabila berlakunya kuncupan rahim khususnya di peringkat akhir kehamilan.

Kuncupan rahim sering disebabkan oleh kepenatan, tekanan mental dan penyakit jangkitan kuman khususnya pada pundi kencing atau bahagian tubuh yang lain.

Apabila berlaku perdarahan ibu mesti terus masuk ke hospital kerana biasanya pembedahan cesarean secara cemas perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan nyawa bayi tersebut.

'Placenta previa minor' ialah apabila uri hanya terletak pada bahagian bawah rahim tetapi tidak menutupi langsung pintu rahim.Keadaan begini tidaklah begitu mengancam dan biasanya tidaklah menyebabkan perdarahan yang banyak sangat.Adakalanya dalam keadaanini kelahiran normal masih boleh dilakukan.

2. Accidental haemorrhage (abruptio placenta)

Ini bermakna pendarahan berlaku dalam rahim di belakang uri dan keadaan ini sangatlah merbahaya kerana pendarahan di luar adalah sedikit tetapi banyak berlaku di dalam rahim menyebabkan rahim itu sangat keras dan membesar. Keadaan ini sangat merbahaya dan mengancam nyawa bayi dan ibu.Jika terlambat kadang-kala bayi telah mati dalam perut sebelum ibu sampai ke hospital.Dalam keadaan yang sangat teruk, ibu tersebut juga boleh meninggal kerana bila keadaan ini berlaku ibu sebenarnya berdarah dengan banyaknya dalam rahim dan perdarahan tidak boleh dikawal kerana semua sel-sel pembekuan darah (platelets) telah habis terperangkap dalam bekuan darah dalam rahim.

Keadaan ini digelar dengan nama 'disseminated intra-vascular coagulation' iaitu satu keadaan yang amat merbahaya kerana pendarahan bukan sahaja berlaku dalam rahim tetapi di semua organ-organ dalam badan khususnya hati dan otak.Keadaan inilah yang boleh membawa maut kepada ibu tersebut.

Kelahiran mesti dilakukan secara cemas untuk menyelamatkan ibu, mungkin yang paling selamat sekali ialah dengan pembedahan cesarean.Transfusi darah serta lain-lain cecair untuk menggantikan cecair, logam dan sel-sel pembekuan perlu dilakukan dengan banyak dan cepat.

3) Pendarahan 'incidental'

Ini mungkin disebabkan pintu rahim yang luka (erosion) atau dijangkati kuman, atau saluran darah yang pecah dari sekeliling pintu rahim ataupun saluran faraj.Keadaan ini tidak begitu membahayakan ibu dan bayi tetapi ini adalah satu keadaan yang juga memerlukan perhatian.
Perlu dipastikan bahawa sebab-sebab utama seperti 'placenta previa' dan 'abruptio placenta' tidak berlaku dengan melakukan pemeriksaan faraj serta ujian ultrasound.Tiada rawatan yang khusus untuknya melainkan rehat. 

Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan

Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai kehamilan tujuh bulan.Kadang-kala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang adalah di antara mereka yang terdedah kepada masalah ini.

Pemeriksaan 'antenatal' setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan terakhir seminggu sekali,adalah sangat penting untuk mengesan keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan (toxemia) kehamilan.Setiap kali ibu hamil datang ke klinik di antara pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya ialah mengukur tekanan darah, mengukur timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya untuk gula dan albumin.

Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak, sembab muka dan apabila diukur tekanan darah didapati terlalu tinggi iaitu melebihi 140/90 mm Hg dan air kencingnya mengandungi albumin.

Baca lebih lanjut di Pendarahan Di Akhir Kandungan




2 comments:

Follow me @munirah_izzan